Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; mem­beri makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. 2 serpihan atau pecahan pinggan mangkuk dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembikar (kata nama)
Bersinonim dengan porselin, seramik.,

Peribahasa

Jangan berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
elektron yang terperangkap pada kecacatan hablur terbebas dan tenaga yang terhasil dipancarkan sebagai foton dan keadaan ini menyebabkan pendarcahaya. Termopendarcahaya diguna- kan sebagai kaedah dalam pentarikhan dapatan arkeologi terutama barang tembikar. (KIM) thermomechanical pulp (pulpa termomekanikal) Pulpa mekanikal yang dihasilkan dengan cara melembutkan serpai kayu me- lalui rawatan stim pada suhu 110°C hingga 150°C dan tekanan sehingga 700 kPa

Kembali ke atas