Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.luar] | ترکلوار

Definisi : 1. (kelihatan atau terdapat) ber­ada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.luar] | ترکلوار

Definisi : 1 tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar: Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2 dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tenaga mekanik oleh kelikatan. (FIZ, KIM) after taste (rasa kesan) Baki rasa yang masih tinggal dalam mulut selepas makanan ditelan. (TEK- MA) afterbirth (uri/tembuni) Plasenta dan membran fetus yang terkeluar dari uterus selepas kelahiran bayi pada haiwan vivipariti. (BIO) agammaglobulinemia (agamaglobulinemia) Kekurangan atau ketiadaan globulin gama dalam darah untuk mensintesis an- tibodi tertentu. Keadaan ini berlaku sama ada secara idiopatik gerakan harmonik mudah. (FIZ) circular plate overtones (nada lampau plat bulat) Nada lampau yang dihasilkan oleh sekeping plat bulat. (FIZ) circular shift (anjakan membulat) Tindakan menganjakkan bit atau aksara sehingga terkeluar di hujung daftar Cipoletti weir circular shift Kamus Sains.indb 208 7/8/08 11:48:35 AM 209 dan memasuki hujung daftar senarai yang berlawanan. (KOM) circulating current (arus

Kembali ke atas