Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua.lang] | توالڠ

Definisi : 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara; bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba meng­halangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua.lang] | توالڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), sialang, Koompassia excelsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua.lang] | توالڠ

Definisi : tidak tentu tempat tinggalnya; tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap. bertualang 1 mengembara atau pergi ke mana-mana (tanpa tempat tinggal yg tetap). 2 berbuat sesuatu dgn tidak jujur; menipu. petualang 1 orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara. 2 orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tualang
Kata Terbitan : bertualang, pertualangan, petualang,

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
membuat kotak dan lantai sementara. (HUT) tuak (tuak) Minuman beralkohol yang diperoleh daripada penapaian nira yang didapati daripada pokok nipah atau kelapa. Tuak mengandungi antara 7% hingga 10% alkohol. (TEKMA) tualang (tualang) Nama piawai bagi kayu Koompassia excelsa daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Sabah ialah menggaris dan di Sarawak ialah kayu raja dan tapang. Gubal kayu tualang berwarna coklat kekuning-kuningan

Kembali ke atas