Kamus Teknologi Maklumat ct.indd bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengesahkan suatu transaksi, mesej, atau data dengan tujuan membezakannya daripada yang lain. Cap masa digunakan untuk mencegah pengulangan sesi komunikasi yang mungkin boleh digunakan dalam pemalsuan transaksi elektronik. Cap masa juga kerap digunakan apabila tiada ciri lain yang boleh membezakan dua atau lebih transaksi, mesej atau data tersebut. cap suara (Ig. voice print; Br. cetak suara; Id. cetakan wicara) Set ciri yang
|