Kamus Teknologi Maklumat ct.indd identiti. perekah (Ig. cracker; Br. perekah; Id. perengkah) Individu berperwatakan penggodam dan pengguna hasad yang menggunakan kemahiran pengaturcaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer milik pihak lain. Beliau menerbitkan hasil kerjanya dalam bentuk kod perengkah, skrip, warez atau atur cara yang boleh digunakan oleh pengguna hasad lain seperti budak skrip. Sinonim topi hitam. perekah kata Prasarana Maklumat Kebangsaan (NII) (Ig. National Information Infrastructure (NII); Br. Prasarana Maklumat Nasional (NII); Id. Prasarana Informasi Nasional) Rangkaian peralatan dan peranti teknologi maklumat dalam sesebuah negara yang meliputi peralatan milik pentadbiran awam, swasta dan juga individu. Alat yang terlibat dalam NII ialah seperti perkakasan pengkomputeran, contohnya, komputer meja dan pelayan, peranti input dan output, dan media storan yang semuanya dihubungkan
|