Kamus Teknologi Maklumat
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd keperluan jaminan keselamatan, dan struktur pengarasan yang perlu dicapai oleh rangkaian pengkomputeran selamat. Penetapan ini ditetapkan dalam Buku Merah terbitan NCSC. taksiran ancaman (Ig. threat assessment; Br. penilaian ancaman; Id. pengkajian ancaman) Proses mengenal pasti agen atau acara yang boleh mendatangkan risiko kepada aset sistem komputer. Proses ini juga mengenal pasti jenis ancaman yang mampu dibawa olehnya dan kemungkinan ancaman ini berlaku, termasuk tahap kegentingan yang mungkin dihadapi oleh operasi organisasi atau pemilik sistem komputer. taksiran kegoyahan (Ig. vulnerability assessment; Br. taksiran ketakteguhan; Id. pengkajian kerawanan) Penilaian yang dibuat ke atas perisian, perkakasan, peranti, dan prasarana sistem komputer untuk menentukan kemungkinan wujudnya kelemahan pada perkara ini yang boleh disalahgunakan oleh pengguna hasad untuk kepentingannya sendiri
|
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close