Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sing] | اسيڠ

Definisi : 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg ber­kenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sen­diri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak ber­satu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg ber­warna; ~ diri menyisihkan (memencil­kan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasing­nya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana ber­bagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. ke­anehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ pera­sa­an itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pem­buangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sing] | اسيڠ

Definisi : 1 lain; tersendiri: Ia berasa ~ di rumah ibu tirinya. 2 dr luar negara (daerah dsb): Banyak bangsa ~ yg tinggal di Malaysia. 3 tidak biasa; aneh: Sate merupakan makanan yg tidak ~ lagi kpd orang-orang Malaysia. berasingan berlainan; berbeza: Kedua-dua pemburu itu telah mengikut jalan yg ~. mengasingkan 1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. terasing terpisah dr yg lain; terpencil. perasingan tempat mengasingkan orang: Pulau Buru ialah pulau ~ bagi tokoh-tokoh komunis Indonesia. pengasingan perbuatan atau hal mengasingkan. pengasing orang yg mengasingkan; alat utk mengasingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asing

Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
khāṭere, yādāvarī( یروآداي ،هرطاخ نيمز ،یکشخ ،کاخ )khāk, khoshkī, zamīn( )khākestar( رتسکاخ )khākestarī( ىرتسکاخ )khāl( لاخ )khāleṣ, nāb( بان ،صلاخ )khāle( هلاخ )khālī( ىلاخ orang gaji di luar, keluar orang asing rendah diri, sopan khas ingatan tanah abu kelabu bintik, tahi lalat tulen, asli, jati mak cik, emak saudara kosong, hampa servant out, outside foreigner humble special memory ground, soil ash Fārsī( ىسراف نابز )zabān-e Mālāyī( یيالام نابز )zebr, khashen( نشخ ،ربز )Zoḥal( لـحز )zakhm( مخز )zadan( ندز )zerā‘at, keshāvarzī( یزرواشک ،تعارز petani gagak lintah lutut pelawat lidah bahasa asing bahasa Parsi bahasa Melayu kasar Zuhal tempat yang sakit memukul, mengetuk pertanian farmer crow leech knee visitor tongue foreign language Persian language Malay language rough Saturn sore to strike, to

Kembali ke atas