Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.doh] | بودوه

Definisi : sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.doh] | بودوه

Definisi : tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut. sebodoh-bodoh bagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodoh

Puisi
 

Sayang Cina anak Cinaku,
     Jawa bodoh balik ke Bugis;
Jangan berniaga barang tak laku,
     Hingga berlapuk jual tak habis.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bodoh tak dapat diajar,
     pandai tak dapat mengajar.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ا )abadī( یدبا )abr( ربا )abrū( وربا )abrī( ىربا )ablah( هلبا )operātūr( روتارپا )otobūs( سوبوتا )otomobīl( ليبموتا )ettehām( ماهتا permulaan asas, permulaan inovasi keabadian tidak pernah abadi awan kening mendung bodoh operator bas motokar, kereta tuduhan beginning primary, elementary innovation eternity never endless cloud eyebrow cloudy stupid operator bus motorcar accusation ا Kamus Parsi.indb 9 5/18/11 9:02 ندرک رفح ،ندنـَک )kandan, ḥafr kardan( )konde-ye derakht( تخرد ء هدنـُک kunci gereja Yahudi klinik ginjal, buah pinggang kecil, sedikit kesempurnaan pendiam almari, laci pinggang tali pinggang lambat dungu, bodoh mengorek tunggul key church Jew clinic kidney little completion taciturn commode waist belt slow stupid to dig stump تخرد ء هدنـ ُ ک ديلک Kamus Parsi.indb 117 5/18

Kembali ke atas