Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera; bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus; mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus); mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang; tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pemba­talan, penghapusan; pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabut I

Puisi
 

Tek kerencing orang semandi,
     Cabut ekor tinggal kepala;
Tak sabit barang ke mari,
     Sesal juga dalam kepala.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ـگ )gerye( هيرـ ِ گ )gerye kardan( ندرک هيرـ ِ گ )gozāresh kardan( ندرک شرازگ )gozāreshgar( رگشراز ُ ـگ kalung walnut lapar sibuk ucapkan serigala panas, hangat bilik mandi mengikat cabut lari tangisan menangis, meratap memberitahu pemberita, wartawan necklace walnut hungry busy to say wolf warm, hot bathroom to tie to run away weeping to weep to report reporter رگشراز ُ ـگ

Kembali ke atas