Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penya­kit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-­kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat panjang atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm tanah dan ada yg hidup dlm tubuh manusia dll). ~ benang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan atau padang pasir. ~ gelang(-gelang) cacing yg hidup dlm usus manusia, Ascaris lumbricoides. ~ kerawit cacing yg hidup dlm usus manusia atau binatang.~ pita (pipih) cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. ~ rambu cacing yg halus-halus. ~ tanah cacing bulat panjang yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacing

Puisi
 

Gali cacing di Kampung Cina,
     Pergi mengail keruh airnya;
Timbang dacing kena sukatnya,
     Baru berniaga boleh lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai cacing kena air panas.

Bermaksud :

Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
kerm( مرـ ِ ک buku-buku agama kedai buku cerek bahu kotor di mana? suri rumah labu manis pekak, tuli tali leher sewa menyewa pencipta, Tuhan sayur saderi badak sumbu cacing religious books bookshop kettle shoulder dirty where? housewife pumpkin deaf tie rent to rent creator, God celery rhinoceros worm مرـ ِ ک ىنيد بتک Kamus Parsi.indb 114 5/18

Kembali ke atas