[cen.da.wan] | چنداون
Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[cen.da.wan] | چنداون
Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)