Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ta] | چيتا

Definisi : 1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan se­suatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. meng­angankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ta] | چيتا

Definisi : sj kain drpd kapas utk dibuat pakaian (berbunga-bunga atau berwarna). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ta] | چيتا

Definisi : 1 perasaan hati; rasa: ~ rasa rasa spt sedap, lazat dsb. 2 angan-angan; sesuatu yg difikirkan. cita-cita 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. bercita-cita 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. mencita-citakan 1 mengingini; mengharapkan: Akhirnya tercapai juga apa-apa yg dicita-citakannya itu. 2 membayangkan dlm fikiran: Mereka selalu ~ dunia baru yg serba mewah dan aman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ci.ta] | چيتا

Definisi : , = kain ~ kain berbunga-bunga atau berwarna-warni yg dibuat drpd kapas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita

Puisi
 

Buah rambai dalam padi,
     Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
     Sarat dengan budi bahasanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpegang di abu hangat.

Bermaksud :

Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ّ رذ )ẕoghāl( لاغذ )ẕalīl( ليلذ )ẕowb shodan( ندش بوذ )ẕowgh( قوذ )ẕehn( نهذ )ẕeyl( ليذ zat sembelih simpanan molekul, zarah arang, arang kayu merendah diri mencair, jadi cair rasa, cita rasa fikiran, ingatan apendiks nature, substance to slaughter reserve molecule charcoal humble to melt, to thaw taste mind, memory appendix ذ Kamus Parsi.indb 70 5/18/11 9:02

Kembali ke atas