Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muham­mad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pe­lajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1 hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2 tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3 kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4 tempoh atau lama­nya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas: Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. ~ sakit (doktor) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. pecuti orang yg bercuti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuti


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
taghrīban( ًابيرقت )taghlīd kardan( ندرک ديلقت )taghvīm( ميوقت )tekān dādan( نداد ناکت )tekrār kardan( ندرک رارکت )taklīf-e manzel( لزنم فيلکت )talkh( خلت )telefon( نفلت )tamāshā kardan( ندرک اشامت gambar cuti kepunyaan pendidikan membaiki menukar berlainan, berbeza hampir-hampir mencontohi kalendar, takwim goncang, goyang mengulang kerja rumah pahit telefon menonton picture holiday to belong education to repair to change to differ

Kembali ke atas