Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hen­dak minum, haus; melepaskan (menghilang­kan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sen­tiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, ke­inginan (akan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-dahagi; ® dahagi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 berasa hendak minum; haus: ~ betul saya hari ini kerana saya pergi berkawad di padang. 2 keinginan (perasaan) hendak minum; haus: Dia dpt mengatasi lapar dan ~ dlm perjalanan itu. 3 ki berasa ingin (akan sesuatu): Dia ~ akan kasih sayang ibunya. mendahagai berasa ingin akan sesuatu: Anak-anak yatim itu ~ kasih sayang keluarga. mendahagakan menyebabkan (membuat) berasa dahaga; menghauskan: Bermain bola di tengah panas dpt ~ kita. kedahagaan 1 menderita dahaga; berasa dahaga; kehausan. 2 perasaan atau keadaan dahaga; kehausan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahaga

Puisi
 

Tuan di rumah masak pegaga,
     Biarlah saya mencari cendawan;
Biarlah saya lapar dan dahaga,
     Asalkan dapat bersama tuan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak dahaga si penunggu telaga.

Bermaksud :

Kalau berhampiran dengan orang besar-besar atau orang berilmu maka sedikit banyaknya akan mendapat pertolongan atau pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
فداصت )taṣḥīḥ kardan( ندرک حيحصت )taṣavvor, khiyāl( لايخ ،ر ّ وصت )taṣavvof, ‘erfān( نافرع ،ف ّ وصت takwa, takut kepada Tuhan pengecut takut masam acar bas udara tasbih ujian takziah dahaga, haus menggalakkan kemalangan membetulkan gambaran, khayalan tasawuf fear, dread coward to fear sour pickle aerotrain rosary test, examination condolence thirsty to encourage accident to correct image mysticism نافرع ،فوصت ىوقت

Kembali ke atas