Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bun] | کبون

Definisi : tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengu­rus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bun] | کبون

Definisi : tanah yg ditanami sesuatu (spt pokok buah-buahan, sayur-sayuran): ~ sayur; ~ kelapa; tukang ~ orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll). ~ binatang taman haiwan; zoo. ~ bunga kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. ~ kecil kebun yg luas kawasannya kurang drpd 40.5 hektar (100 ekar), kebanyakannya lebih kurang 2 hektar (5 ekar). berkebun bercucuk tanam di kebun: Di samping bersawah, mereka ~ sayur. memperkebuni mengusahakan tanah dgn berkebun. perkebunan 1 hal-hal mengenai kebun (perusahaan atau pengurusannya). 2 tanah tempat berkebun. pekebun orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun: ~ kecil orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebun (kata nama)
Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;,
Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun,

Puisi
 

Kebun kecil pokok berjenis,
     Pagar dengan buluh berdaun;
Kecil-kecil kayu tempinis,
     Terasnya tahan berpuluh tahun.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Bagai kambing lepas ke parak.

Bermaksud :

Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
sabab( ببس ،ثعاب )bā ‘aẓemat( تمظع اب )bāgh( غاب )bāghbān( نابغاب seniman seniwati suka bermain-main kuno, purba berilmu mulia, berhormat cerdik meriah kelab menyenangkan membatalkan batin, dalaman sebab agung kebun, taman tukang kebun actor actress playful ancient educated honourable intelligent splendid club pleasant to cancel interior cause, motive great, glorious garden gardener نابغاب )درم( رگيزاب Kamus Parsi.indb 21 5/18/11 9

Kembali ke atas