Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bur] | قبور

Definisi : 1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati; berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan; terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam; perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~; penguburan perihal menguburkan mayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bur] | قبور

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; burung ~ rimba sj burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bur] | قبور

Definisi : 1 tempat menanam mayat; makam. 2 = lubang (liang) ~ lubang dlm tanah tempat menanam mayat. berkubur ditanam atau dikebumikan (bkn mayat); ada kuburnya: Pd masa peperangan, banyak yg mati tidak ~. menguburkan menanam (mayat) dlm kubur; mengebumikan. terkubur 1 telah dikuburkan (bkn mayat). 2 tidak berfungsi atau tidak berjalan (bkn persatuan, parti dll); lenyap: Parti itu ~ dlm tahun 1953. perkuburan kawasan tempat menguburkan mayat; permakaman. penguburan perbuatan atau hal menguburkan; pengebumian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubur (kata nama)
Bersinonim dengan makam, pusara, jirat, kubah, sentiung, kandang;,
Kata Terbitan : berkubur, menguburkan, perkuburan,

Puisi
 

Lang putih terbang ke kubur,
     Kembang bunga waktu pagi;
Adik putih bangun tidur,
     Macam bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Menabur bunga di atas kubur.

Bermaksud :

Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
votes adornment to arrange calm, quiet tomb, grave to decorate barber api membakar terbakar bata sepanar terakhir gula-gula getah alamat manusia, insan, orang undi dandanan, hiasan mengubah, menyusun tenang kubur, makam, pusara hias, menghias tukang gunting )ātash( شتآ )ātash zadan( ندز شتآ )ātash gereftan( نتفرگ شتآ )ājor( رجآ )āchār( راچآ )ākher( رخآ )ādāms( سمادآ )ādres( سردآ )ādam( مدآ )ārāʼ( ءارآ دنفسوگ )gūsh( شوگ )gūsht( تشوگ )gūsht-e gūsfand( دنفسوگ تشوگ رتکد ء هنياعم ىشوگ )gūshī-ye mo‘āyene-ye doktor( berdosa harta karun burung pipit gandum saksi lesen tomato parit kubur kuda belang biri-biri telinga daging daging kambing stetoskop sinful treasure sparrow wheat witness licence tomato drain grave zebra sheep ear meat mutton stethoscope رتکد ﻪﻨﻴاعم ىشوگ راکهان ُ گ

Kembali ke atas