Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.ci] | کونچي

Definisi : 1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan­soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (mo­tor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai per­setujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (mem­bongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ci] | کونچي

Definisi : ; temu ~ sj tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, temu kecil, Gastrochilus panduratum (Kaempferia pandurata); ~ fatima sj tumbuhan, pokok pinggang, selusuh fatimah, Labisia pothoina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ci] | کونچي

Definisi : 1 alat yg terdiri drpd mangga (induknya) dan pembukanya utk mengancing pintu dll. 2 = anak ~ alat yg dimasukkan ke dlm lubang pd pintu atau pd mangga dan diputarkan utk mengancing atau utk membukanya. 3 = ibu ~ alat yg dipasangkan pd pintu dll dan dpt dibuka dgn anak kunci; mangga. 4 alat yg membuat sesuatu (spt jam, barang mainan) berjalan. ~ kira-kira penyata yg menunjukkan kedudukan atau keadaan harta dan tanggungan (hutang piutang) pemilik pd sesuatu tarikh. berkunci 1 memakai kunci. 2 ditutup atau dikancing dgn kunci: Saya tidak dpt memasuki rumah itu sebab pintunya ~. mengunci menutup pintu (peti dll) dgn kunci; mengancing: Masing-masing ~ pintu dan tidak berani keluar rumah. terkunci 1 tertutup dan berkunci (bkn pintu dll); terkancing. 2 terperangkap dlm bilik dll yg berkunci. 3 ki tidak dpt melakukan sesuatu: mulutnya ~ tidak dpt berkata-kata (kerana terkejut dll). pengunci alat utk mengunci; pengancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunci (kata nama)
1. Bersinonim dengan kancing: tutup, selak, katup, ketap, penutup,

2. Bersinonim dengan petua: formula, rumusan,

Kata Terbitan : mengunci, pengunci, terkunci,

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Anak kunci jahat,
     peti derhaka.

Bermaksud :

Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
dell( لد ،بلق )ghalam( ملق )gholle( ه ّ لق tua, lama al-Qur’an tablet merah cantik, lawa penjual daging niat, maksud istana kereta api mencelah kepingan almari, gerobok mangga kunci jantung pen puncak old Koran tablet red beautiful butcher intention, purpose castle train to interrupt piece cupboard padlock heart pen apex هلق هنهـ ُ ک ،ميدق Kamus Parsi.indb 109 ُ مـ ُ ک )kamar( رمک )kamar band( دنب رمک )kond, yavāsh( شاوي ،دنـُک )kond ẕehn( نهذ دنـُک ندرک رفح ،ندنـَک )kandan, ḥafr kardan( )konde-ye derakht( تخرد ء هدنـُک kunci gereja Yahudi klinik ginjal, buah pinggang kecil, sedikit kesempurnaan pendiam almari, laci pinggang tali pinggang lambat dungu, bodoh mengorek tunggul key church Jew clinic kidney little completion taciturn commode waist

Kembali ke atas