Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bu] | لابو

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba memanjat) dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga; ~ air = ~ putih sj tumbuhan (herba memanjat), Lagenaria leucantha; ~ air hutan = akar ~ air sj tumbuhan (herba memanjat), akar timun gagak, belistur, daun jari buaya, ketimun, pendendang gagak, Trichosanthes wallichiana; ~ ambun = ~ merah = ~ parang sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita moschata; ~ besar sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita maxima; ~ manis sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita pepo; 2. = labu-labu a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 3. Id sj botol yg besar bulat (berbagai-bagai jenis dan gunanya); ~ tanah sj kendi yg dibuat drpd tanah; mak ~ perempuan yg mengandung; ~ dikerbuk tikus prb gadis yg sudah dinodai (tidak dara lagi); melabu 1. spt labu bentuknya (bkn perut), gendut, buncit; 2. menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dgn labu; 3. = memperlabu mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis, memperolok-olokkan, memperdayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bu] | لابو

Definisi : 1 pelbagai jenis herba memanjat atau menjalar dan buahnya boleh dibuat sayur, Cucurbita spp.. 2 = labu-labu buyung bekas air; kendi. melabu 1 menyerupai labu (bkn perut dsb); membuncit. 2 ki mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis; menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labu
Kata Terbitan : memperlabu,

Puisi
 

Labu putik di Tanjung Jati,
     Pucuk lengkuas dalam dulang;
Baru bertemu kehendak hati,
     Belum puas ditinggal pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti labu dibenam.

Bermaksud :

Sangat congkak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
kerāye kardan( ندرک هيارک )kerdegār, Khodā( ادخ ،راگدرـ ِ ک )karafs( سفرک )kargadan( ندگرـَک )kerm( مرـ ِ ک buku-buku agama kedai buku cerek bahu kotor di mana? suri rumah labu manis pekak, tuli tali leher sewa menyewa pencipta, Tuhan sayur saderi badak sumbu cacing religious books bookshop kettle shoulder dirty where? housewife pumpkin deaf tie rent to rent creator, God

Kembali ke atas