Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lom.pat] | لومڤت

Definisi : perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permain­an kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan me­loncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, mener­kam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.pat] | لومڤت

Definisi : ; ~ tikam Kl sj kuih drpd tepung beras (dimakan dgn kuah santan dan gula). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.pat] | لومڤت

Definisi : ; ~ galah (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn menggunakan galah. ~ jauh (dlm olahraga) gerakan meloncat utk mencapai jarak yg terjauh. ~ katak a. sj permainan kanak-kanak, iaitu meloncat di belakang seseorang yg sedang membongkok. b. sj permainan kanak-kanak, iaitu meloncat-loncat spt katak. ~ kijang (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn sebelah kaki, melangkah dan kemudian meloncat kembali. ~ tinggi (dlm olahraga) gerakan meloncat utk melampaui paras yg dpt diubah-ubah tingginya. melompat bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. ~ darjah naik ke darjah yg lebih tinggi drpd yg sepatutnya (spt dr dajah dua ke darjah empat) kerana mendapat markah yg amat baik dlm peperiksaan. melompati melompat di atas atau melampaui sesuatu; meloncati. terlompat 1 tidak sengaja (serta-merta) melompat; terloncat: Aminah ~ kerana terperanjat melihat sesuatu di kakinya. 2 terkeluar (perkataan dll): Dgn tidak disedarinya perkataan itu ~ dr bibirnya. lompatan 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. pelompat orang yg melompat atau melompati sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sambil lompat berlari-lari,
     Lompat mari ke dalam kolam;
Tuan cabut cincin di jari,
     Tidakkah turun di hati muram.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ṭalāyī( ىيالط )ṭolū‘ kardan( ندرک عولط )ṭanāb bāzī( ىزاب بانط )ṭūṭī( ىطوط merak perubatan seronok, gembira pelan, reka bentuk, lakaran tepi, sebelah besen makanan rasa bayi emas keemasan timbul tali lompat burung kakak tua, nuri peacock medicine joy plan, design side basin food taste baby gold golden to rise skipping rope parrot ط Kamus Parsi.indb 95 5/18/11 9

Kembali ke atas