Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : 1. benda tajam biasanya drpd besi utk melekatkan papan dll, pasak besi; 2. tanda pangkat (pegawai) pd bahu baju tentera (polis dll): pegawai yg mempunyai dua ~ di bahunya; ~ Belanda = harga ~ harga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi); ~ kembang sj jemeki utk perhiasan pd kasut; ~ payung paku yg ke­palanya besar dan pipih; ~ pelir itik skru; ~ rebana paku yg berkepala kuningan; memulangkan ~ buah keras prb membang­kitkan kembali perkara yg sudah lepas, me­nempelak; mengata ke dulang ~ serpih prb mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi; berpaku 1. mempunyai paku, ada pakunya; 2. dikenakan (dilekatkan dgn, dipasang) paku: dipenjarakannya di dlm satu kota kecil yg ~ dr luar; ~ pd berpegang teguh pd: memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi. memakukan 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekal­kan (perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah isterinya; terpaku 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : ark = ~ pakis sj tumbuhan yg tidak berbunga, pakis; ~ acu Kl, Tr sj tumbuhan spt paku pakis, Cycas rumphii; ~ cai (sumpah) sj tumbuhan, Pleopeltis nigrescens; ~ ikan (lipan, ubil, ulat), Blechuum orientale; ~ mega (padang, pelanduk, unkut) sj tum­buhan, Ptreis ensiformis; ~ sisik sj tumbuhan, Adiantum spp.; ~ tanjung sj paku yg tumbuh di rawa, Diplazium esculentum; betapa pun lurus ~, hujungnya berkelok juga prb seseorang yg jahat, walaupun baik rupa perkataan dan kelakuannya, hatinya jahat juga; kelok ~ asam (kacang) belimbing, anak di pangku kemanakan dibimbing Mn prb anak dan anak saudara mestilah sama-sama dijaga (dididik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : sj ikan laut, renyau, Antherina forkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : 1 benda yg tajam hujungnya serta berkepala dan digunakan utk melekatkan dua benda yg hendak dirapatkan; pasak besi dll yg berkepala serta tajam hujungnya. 2 tanda pangkat pegawai pasukan bersenjata, yg disematkan di bahu baju. ~ belanda harga yg tidak boleh ditawar-tawar lagi; harga tetap. ~ besi pasak yg dibuat drpd besi. ~ mati a. paku yg tidak dpt dicabut lagi. b. hal yg tidak boleh diubah-ubah. ~ payung paku yg lebar kepalanya. ~ tekan paku kecil yg digunakan dgn menekan kepalanya dgn jari dll. memaku 1 memasang paku pd; memantakkan paku pd: ~ dinding. 2 ki tidak bergerak-gerak dr tempat duduk dll: Walaupun dipanggil berkali-kali, ia tetap ~ di kerusinya. memakukan melekatkan sesuatu dgn paku: ~ papan nama ke pintu. terpaku 1 dlm keadaan telah dipakukan; terlekat dgn paku. 2 dlm keadaan tidak bergerak-gerak: Dia ~ ketika mendengar berita buruk itu. Pandangannya ~ ke arah gadis kecil itu. pepaku benda yg bentuknya spt paku: Di sebelah hujung alat itu terdapat beberapa ~ yg tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : , = ~ pakis berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan tidak berbunga yg daunnya berbentuk spt bulu ayam dsb, Gleichenia linearis; Asplenium tenerum dll. ~ lima nama sj pokok naungan, Enterlobium saman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paku (kata nama)
Bersinonim dengan pemaku, skru, nat;,
Kata Terbitan : memaku, memakukan, terpaku,

Puisi
 

Terang bulan melantak paku,
     Paku dilantak dalam perahu;
Ambil pedang bunuhlah aku,
     Bercerai kasih tidak kumahu.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Keluk paku asam (= kacang) belimbing;
     anak dipangku kemanakan dibimbing.

Bermaksud :

Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
havāpeymā [zan[( )درم( اميپاوه رادنامهم )mehmāndār-e havāpeymā [mard[( )mohandes( سدنهم )mīkh( خيم anai-anai pisang muzium tikus yang dijanjikan sementara rambut kabus penyayang, baik hati tetamu pramugari pramugara jurutera paku termite banana museum mouse promised temporary hair mist, fog kind guest stewardess steward engineer nail خيم هنايروـم Kamus Parsi.indb 138 5/18/11 9:02 AM 139 ربون ،سرون

Kembali ke atas