Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
howlnāk, tarsnāk( )havīj( جيوه )hīch( چيه )hīchkas( سکچيه kapal terbang fikiran, intelek, akal, kecerdikan cerdik, pandai, pintar insaf, sedar, tahu, perasan ketakutan teruk, menakutkan lobak merah walaupun, sekalipun tak siapa pun, tidak ada orang aeroplane intelligence, intellect intelligent aware, conscious fear, fright, dread dreadful carrot at all no one سکچيه اميـپاوه Kamus Parsi.indb 158 5/18/11 9:02 AM

Kembali ke atas