Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1 tidak tetap selama-lama­nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sementara mendapat rotan,
     akar-akar pun jadilah.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
م )mehrbān( نابرهم )mehmān( نامهم )نز( اميپاوه رادنامهم )mehmāndār-e havāpeymā [zan[( )درم( اميپاوه رادنامهم )mehmāndār-e havāpeymā [mard[( )mohandes( سدنهم )mīkh( خيم anai-anai pisang muzium tikus yang dijanjikan sementara rambut kabus penyayang, baik hati tetamu pramugari pramugara jurutera paku termite banana museum mouse promised temporary hair mist, fog kind guest stewardess steward engineer nail خيم هنايروـم Kamus Parsi.indb

Kembali ke atas