Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bal] | تبل

Definisi : 1. tidak tipis (barang yg berkeping-keping atau berhelai-helai, spt kertas, papan, kain, buku, dll): kertas ~; selimut ~; tilam ~; 2. kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dll): garis ~; huruf ~; 3. padat (awan, kabus, dll), tumpat: asap ~; awan ~; 4. lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dll): hutan yg ~; rambut ~; rumput di situ amat ~; 5. teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dll), banyak mengandungi atau berisi dgn (sesuatu), mendalam: ia tahu betapa ~nya cinta suami-nya terhadap dirinya;~ bibir tidak suka bercakap banyak; ~ hati keras hati; ~ jangat = ~ kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan; ~ kantung banyak wang (kaya); ~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah; ~ muka = muka ~ tidak tahu malu; ~ telinga a) tidak meng­hiraukan (ejekan, makian, dll orang); b) tidak tahu malu; menebal menjadi tebal: hujan sudah ber-henti betul, hanya asap sabut yg mula ~ semula; menebalkan 1. menjadikan tebal; 2. mem-perkukuh (iman, hati, kepercayaan, dll), mem-perkuat, memperteguh: lawatan itu diadakan utk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak; ~ muka menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu; ~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll);mempertebal menjadikan lebih tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bal] | تبل

Definisi : ~ bibir sj ikan laut, Plectorhyncidae; ~ pipi sj ikan laut, Pamadasys spp.; ~ sisik sj ikan darat, Puntius binotatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bal] | تبل

Definisi : 1 tidak tipis (bkn benda yg berkeping-keping, spt kertas, papan): kertas ~; tilam ~. 2 padat (bkn awan dsb); tumpat: awan ~; kabus ~. 3 kasar dan jelas kelihatan (bkn garisan dsb): huruf ~. 4 tumbuh dgn banyaknya; lebat: Rambutnya ~. 5 ki teguh dan kuat (bkn iman, kepercayaan dsb). ~ hati tidak mendengar nasihat orang; degil. ~ muka tidak tahu malu. ~ telinga tidak mempedulikan ejekan atau makian orang. menebal menjadi tebal: Janggutnya yg sudah hampir sebulan tidak dicukur itu mula ~. menebalkan 1 menjadikan tebal. 2 meneguhkan iman dsb. mempertebal menjadikan lebih tebal. ketebalan keadaan tebal. penebalan perbuatan, perihal dsb menebal atau menebalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.bal] | تبل

Definisi : ; ~ bibir nama sj ikan laut, Plectorhyncidae. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,

Puisi
 

Hilang tin gunung ditumpal,
     Nampak dari Gunung Jematu;
Pinggang ramping badannya tebal,
     Pandai juga membuat laku.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ميخض )z̤edd( دض )z̤arar, āsīb( بيسآ ،ررض )z̤a‘f( فعض )z̤a‘ īf( فيعض )z̤emānat( تنامض )z̤am īr, bāṭen, del( لد ،نطاب ،ريمض )z̤am īme( هميمض )z̤iyāfat, mehmānī( ىنامهم ،تفايض penjamin tebal lawan, bertentangan memudaratkan kelemahan, dhaif lemah wang jaminan hati tambahan, lampiran jemputan parti guarantor thick opposite harm weakness weak bail, guarantee heart appendix party ض Kamus Parsi.indb 94 5

Kembali ke atas