Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ngah] | تڠه

Definisi : 1. tempat (titik dll) yg letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dll), bahagian di antara hujung dgn pangkal, lwn tepi (hujung): ia berdiri di ~ bukan di tepi; di ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari; 2. seperdua dr, separuh: hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam; ~ dua satu satu perdua; ~ dua puluh lima belas; 3. di dalam, di antara (masyarakat dll), di kalangan: ia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai; 4. dalam: ikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak; 5. (anak dll) di antara yg sulung dan yg bongsu: yg tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yg ~ Raja Akar Muluk Syah namanya; 6. sedang (melakukan se-suatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu: Sultan Mahmud pun ~ santap; ~ berat sedang sarat (orang mengandung); ~ hari lebih kurang pukul 12 siang; ~ harungan di tengah laut; ~ malam lebih kurang pukul 12 malam; ~ naik a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang 15 tahun); ~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yg di dalam; ~ tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala; ~ tubuh separuh umur; ~ turun lebih kurang pukul tiga petang; ke tengah 1. menuju (menghala, mengarah) tengah; 2. ki ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai: tidak apa-apa pun kete­rangan yg boleh dibawa ~; (boleh) dibawa ~ a) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); (boleh) ~ ke tepi ki dapat menye­suaikan diri; mengetengahi menjadi perantara dlm per-se­lisihan dll, mendamaikan (orang yg berban-tah, bertengkar, dll), mencampuri (perbualan orang dll); mengetengahkan 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, menge­mukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); setengah 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otak-nya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; ~ hati tidak dgn sungguh-sungguh hati; ~ masak a) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas; ~ mati hampir akan mati; ~ mengerti tidak mengerti betul-betul; ~ rasmi tidak rasmi benar; ~ tiang ki agak gila; ~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 35–40 tahun; setengah-setengah 1. beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sese-tengah: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan (di­selesai­kan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~; sesetengah beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; bertengah sl naik dll setengah (gunung dll): baru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka; menengah 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil); anak ~ anak yg di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya); pegawai ~ pegawai yg pangkat­nya antara pegawai tinggi dgn pegawai rendah; sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; ~ tulang bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak (harga); menengahi mengantarai (mendamaikan, me-leraikan) perselisihan dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu; tengahan = wang ~ Id setengah rupiah (suku); pertengahan 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; penengah 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai, pendamai (dlm per­selisihan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ngah] | تڠه

Definisi : 1 bahagian di antara hujung dgn pangkal; tempat atau titik yg letaknya di antara dua tepi dsb: Dia berdiri di ~ padang. 2 sedang membuat atau sedang melakukan sesuatu: Dia datang ketika saya ~ makan. 3 anak dll antara yg bongsu dgn yg sulung: Anaknya yg ~ sedang menuntut di England. ~ hari waktu lebih kurang pukul dua belas siang (hingga sebelum pukul dua siang). ~ malam waktu lebih kurang pukul dua belas malam (hingga sebelum pukul satu pagi). menengah 1 menuju atau menghala ke tengah; pergi ke tengah. 2 yg di tengah-tengah; tidak besar (tinggi) dan tidak kecil (rendah); sedang: sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara sekolah rendah dgn sekolah tinggi. pertengahan 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). setengah seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. setengah-setengah 1 beberapa; sebilangan drpdnya: ~ rumah orang Dayak Laut itu sangat panjang, ada yg lebih drpd dua ratus ela panjangnya. 2 tidak dikerjakan dgn sempurna; kepalang tanggung: Kalau bekerja, hendaklah betul-betul, jangan ~. sesetengah setengah-setengah. di tengah (berada) di bahagian tengah. ke tengah (menuju, menghala dsb) ke bahagian tengah. boleh di bawa ~ a. boleh diadu atau dipertandingkan. b. boleh diperkarakan atau dikemukakan. mengetengahkan 1 membawa ke tengah: ~ bot. 2 membawa ke penge­tahuan orang, pihak berkuasa dsb; mengemukakan; mengutarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kiri berangan kanan pun berangan,
     Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
     Sama-sama menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(157)
Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang,
     pelanduk mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

 

Lihat selanjutnya...(62)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
هزاورد )dar vasaṭ( طسو رد )dorūgh( غورد )dorūgh goftan( نتفگ غورد )dorūghgū( وگغورد di luar pokok, pohon sakit di bawah betul amanah, ikhlas sepanjang di seberang merawat klinik pintu di tengah pembohongan, penipuan bercakap bohong, menipu pembohong, penipu outside tree pain under right honest, frank along across to cure clinic gate in the middle falsehood to lie lier وگغورد جراخ رد رهاظ )ẓarf( فرظ )ẓafar( رف َ ـظ )ẓolm( ملظ )ẓolmat, tārīkī( ىکيرات ،تملظ )ẓann( نظ )ẓohr( ره ُ ـظ kejam, zalim jelas, nyata periuk kemenangan penindasan, penekanan kegelapan kecurigaan, kesangsian tengah hari, zuhur cruel apparent pot victory oppression darkness suspicion noon ظ Kamus Parsi.indb 97 5/18/11 9:02 AM 98 )ʻābed( دباع )ʻādel( لداع )ʻāshegh( قشاع )ʻāghebat( تبقاع

Kembali ke atas