Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ris]/[wa.rith] | واريث

Definisi : Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanakkanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; ~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dll); berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah; mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggal­kan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turun­temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; kewarisan mendapat warisan; perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak ~; pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik; pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ris]/[wa.rith] | واريث

Definisi : Jk selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll), beruntung, mujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ris]/[wa.rith] | واريث

Definisi : 1 orang yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal. 2 penjaga atau wali (kanak-kanak). ~ kuat (karib) waris yg hampir sekali (spt anak, cucu). ~ negeri waris yg bakal mengganti sultan. ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum adat (agama dll). mewarisi 1 menerima harta pusaka; memusakai: Ia ~ dua ekar tanah sawah ibunya. 2 ki menerima apa-apa yg ditinggalkan oleh orang yg terdahulu: Malaysia masih ~ sistem pentadbiran Inggeris. mewariskan 1 meninggalkan harta pusaka kpd. 2 menjadikan seseorang sbg waris. warisan 1 harta peninggalan; harta pusaka. 2 sesuatu yg diwarisi. pewarisan perbuatan, hal dsb mewarisi atau mewariskan. pewaris orang yg mewarisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,

Puisi
 

Ambil kapak di tengah laman,
     Tanam sirih tepi telaga;
Ibu bapa tentu tak berkenan,
     Sekalian waris pun tak suka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ارحص ،يداو )vādī, ṣaḥrā, biyābān ( )vāres̱( ثراو )vāredāt( تادراو )vāzhe( هژاو )vāzhgān( ناگژاو )vāzhgūn( نوگژاو )vāseṭe, dallāl( لالد ،هطساو )vāz̤eḥ( حضاو dan wajib seorang masuk, memasuki gurun, padang pasir, sahara waris pengimportan kata, perkataan perbendaharaan kata, kosa kata, daftar kata kecewa orang tengah jelas, terang and require one, single to enter desert heir, heritor import word vocabulary upset middleman clear, obvious

Kembali ke atas