mine water | air lombong | Pertanian | Tiada | Tiada |
hydraulic mine | lombong hidraulik | Geografi | Tiada | Sebuah lombong yang diusahakan melalui proses tembakan air. |
underwater site | tapak bawah air | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak arkeologi yang terletak di bawah permukaan air sama ada di laut, sungai, tasik, lombong atau paya. Tapak ini terdiri daripada pelabuhan purba, bangkai kapal, pembentukan kelodak dan tambatan pesisir pantai atau sungai. Kajian tapak bawah air ini dapat mengenal pasti jenis bentuk industri dan perdagangan yang dijalankan oleh masyarakat pada masa tersebut. Antara tapak bawah air yang terkenal ialah penemuan kapal kepunyaan Viking di Oslo Fjord, Scandinavia. |
dead air | udara mati | Kejuruteraan | Tiada | Udara dalam lombong apabila ia menggenang dan mengandung asid karbonik. |
pool | genangan; pengumpulan: kolam | Kejuruteraan | Tiada | 3. Kawasan air yang dikepung dalam takungan oleh empangan, atau oleh pintu-pintu air.,4. Baji untuk memecah dalam kuari atau lombong. |
air door | pintu udara | Kejuruteraan | Tiada | Pintu yang dibina untuk merentangi laluan di dalam lombong bawah tanah bagi menghala atau mengubah pergerakan udara. |
downdrift | hanyut turun | Geologi | Tiada | Arah pergerakan air yang utama dalam hanyutan lombong. |
dewatering | penyahairan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Penyingkiran air dari bahan pepejal melalui penurasan, pengemparan, pengelasan basah, atau teknik pengasingan pepejal-cecair yang sama. 2. Penyingkiran air dari suatu kurungan atau suatu struktur seperti dasar sungai, kaison, atau syaf lombong melalui pengepaman atau penyejatan. |
phytoremediation | fitopemulihan | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah memulihkan tanah yang mengalami pencemaran bahan toksik dengan menggunakan tumbuhan yang boleh menyerap bahan pencemaran tersebut. Contohnya, kawasan lombong logam yang dicemari minyak dan logam berat dapat dipulihkan semula dengan membiarkan tumbuhan tertentu tumbuh secara semula jadi dan menyerap sebahagian bahan toksik tersebut. Walau bagaimanapun, proses ini memerlukan masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya. Contoh lain ialah air yang tercemar dengan bakteria dan mikroorganisma tertentu dapat dipulihkan dengan menggunakan biji daripada pokok Moringa (morunggai) kerana biji pokok tersebut berupaya menyerap bahan pepejal di dalam air. |
aquaculture | akuakultur | Pertanian | Agroteknologi | Amalan penternakan dan pemeliharaan hidupan laut dan rumpai laut secara terkawal. Akuakultur dijalankan di dalam takungan yang dibina di darat atau di kawasan air semula jadi. Tujuan penting amalan akuakultur adalah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan serta menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. Antara kawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur ialah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, muara sungai, laut serta akuarium. Akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air. |