Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan-bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nontraded goodsbarang bukan daganganEkonomiTiadaBarang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara untuk pasaran dalam negeri dan bukan untuk pasaran antarabangsa. Kos pengangkutan yang tinggi dan sekatan perdagangan mungkin merupakan antara faktor yang menyebabkan barangan tidak dapat diperdagangkan ke luar negeri. Sinonim barangan bukan dagangan, komoditi bukan dagangan.
non-state actoraktor bukan negaraSains PolitikPolitik PerbandinganAktor dalam politik antarabangsa yang bukan merupakan sebuah negara. Biasanya aktor dalam politik antarabangsa terdiri daripada negara yang bersaing dan berperanan dalam hubungan antarabangsa. Aktor daripada kelompok bukan negara seperti pertubuhan multinasional, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kelompok pemisah seperti Gerakan Acheh Merdeka dan pertubuhan sukarela transnasional seperti Greenpeace dan WWF.
non-binarybukan binariSosiologiTiadaBerkaitan dengan jantina bukan lelaki atau perempuan.
nontraded commoditybarangan bukan daganganEkonomiTiadaLihat barang bukan dagangan.
nonsecret encoding schemeskema pengekodan bukan rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTeknik pengekodan yang dilakukan bukan untuk tujuan merahsiakan mesej atau data seperti pengekodan Huffman. Pengekodan ini bertujuan untuk memberi pemampatan kepada data agar dapat mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk komunikasi. Data yang dikod menggunakan teknik ini boleh dikembalikan semula ke bentuk asal dengan mudah.
non-therapeutic trialpercubaan bukan terapiHerbaPeraturan dan PemasaranKajian yang dijalankan ke atas seseorang tanpa menjangka kesan terapeutiknya. Percubaan bukan terapi bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor penting yang membantu meningkatkan pemahaman tentang sifat-sifat sesuatu ubat dan kesannya.
materialbahanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSebatian atau unsur yang bersifat logam, bukan logam atau komposit yang digunakan dalam struktur binaan atau komponen kejuruteraan. Logam boleh diklasifikasikan kepada ferus (keluli, besi dan lain-lain) dan bukan ferus (aluminium, tembaga, loyang, emas dan lain-lain). Bahan bukan logam termasuklah kaca, kayu, getah dan lain- lain. Komposit pula boleh termasuk konkrit, seramik, gentian karbon dan lain-lain.
non-clinical studykajian bukan klinikalHerbaPeraturan dan PemasaranPeringkat penyelidikan dalam pembangunan sesuatu ubat sebelum ujian klinikal dimulakan. Kajian ini melibatkan penggunaan haiwan dan/atau sel atau tisu. Kajian bukan klinikal bertujuan untuk menentukan keselamatan ubat.
non-focalizationbukan fokalisasiKesusasteraanTiadaSudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas.
patriarchypatriarkiKesusasteraanTiadaInstitusi sosial yang meletakkan lelaki sebagai pemegang kuasa dominan atau utama. Contoh kuasa boleh diperlihatkan melalui peranan utama yang dimainkan oleh lelaki dalam pentadbiran, institusi sosial, pemilikan, dan pewarisan harta. Patriarki dikaitkan dengan nilai seperti sikap persaingan dan bukan empati, intelek dan bukan intuisi. Nilai ini membawa kepada sikap materialistik dan keinginan untuk berkuasa dan menakluk. Walau bagaimanapun, konsep patriarki tidak membawa maksud monolitik kerana ciri-ciri patriarki turut bergantung pada konteks budaya yang khusus, menyebabkannya berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Contohnya, kritikan feminis dalam bidang sains sosial dan kesusasteraan berpusat kepada kritikan hegemoni patriarki. Para pengkritik feminis berpendapat bahawa patriarki dapat dilihat dari pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, dalam sektor ekonomi, wanita dibayar upah yang lebih rendah berbanding lelaki walaupun menjalankan tugas yang sama. Dari segi budaya, contohnya dalam media massa, wanita sering dipaparkan stereotaip sebagai lambang seks dan wanita dikatakan kurang pintar berbanding lelaki. Dalam kritikan kesusasteraan dari sudut feminis, diskriminasi patriarki ini didedahkan melalui kritikan terhadap stereotaip watak wanita. Kritikan dari sudut ini menampilkan kejayaan pengarang wanita yang selama ini terabai. Kritikan ini juga mencadangkan gaya penulisan bersifat kewanitaan yang tidak membawa nada yang tegar tetapi lebih bersifat empati. Patriarki berasal daripada perkataan Yunani patriarches, iaitu pater yang bermaksud �bapa� dan archein yang bermaksud �memerintah�. Lihat juga ginokritisisme.
12345678910...

Kembali ke atas