Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (berlaku atau diadakan) setiap bulan: gaji ~; penyata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tiap-tiap bulan: Dia menerima gaji ~, bukan mingguan. 2 terbit pd tiap-tiap bulan (ttg majalah dll): Majalah ~ Dewan Masyarakat diterbitkan pd tiap-tiap 15 hari bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monthly tenancypenyewaan bulananPenilaian Harta TanahTiadaTiada
income policypolisi pendapataninsuransTiadaKontrak insurans hayat yang membayar pendapatan secara bulanan, berbeza dengan polisi insurans hayat yang membayar faedah atau manfaatnya sekali gus.
mode of paymentmod bayaraninsuransTiadaKekerapan premium dibayar, iaitu secara tahunan, setengah tahunan, bulanan dan lain-lain.
almanacalmanakPerpustakaanTiadaPenerbitan tahunan yang memuatkan fakta-fakta tentang astronomi, aniversari, maklumat statistik, kalendar harian, bulanan, percutian, dan sebagainya.
stock declaration policypolisi perisytiharan stokinsuransTiadaPolisi kebakaran yang mengkehandaki insured membuat laporan amaun berisiko secara bulanan atau suku tahunan. Premium diselaraskan pada hujung tahun berdasarkan purata amaun yang telah dilaporkan.
premium receipt bookbuku resit premiuminsuransTiadaRekod pembayaran premium empunya polisi. Biasanya rekod disimpan bagi bayaran mingguan atau polisi debit bulanan biasa.
disability incomependapatan hilang upayainsuransTiadaFaedah hilang upaya selalunya disediakan sebagai rider yang dilampirkan pada kontrak insurans hayat biasa. Faedah ini menyediakan pendapatan bulanan dan penepian premium apabila berlaku hilang upaya menyeluruh kekal selepas tempoh menunggu yang ditetapkan.
industrial life insuranceinsurans hayat industriinsuransTiadaInsurans hayat yang jumlah diinsuranskan agak kecil dan kutipan premium dibuat dari rumah ke rumah secara mingguan atau bulanan.
industrial life insuranceinsurans hayat industriPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans hayat yang jumlah diinsuranskan agak kecil dan kutipan premium dibuat dari rumah ke rumah secara mingguan atau bulanan.
open policypolisi terbukainsuransTiadaKontrak insurans yang syarat polisinya tidak ditetapkan dan tarikh tamat tempoh tidak dinyatakan ketika ia mula berkuat kuasa, tetapi had liabiliti telah ditentukan untuk perlindungan yang diberi. Walaupun premium pendahuluan tidak diperlukan tetapi laporan bulanan perlu disediakan dan dikirim bersama premium yang sepatutnya dibayar. Sijil insurans akan dikeluarkan untuk membuktikan harta tersebut telah dilindungi. Polisi terbuka biasanya digunakan untuk perlindungan dagangan dalam transit.
12

Kembali ke atas