synesthesia | sinestesia | Perubatan | Psikiatri | Persepsi sekunder yang berpunca daripada persepsi primer. Contohnya, halusinasi pendengaran berpunca daripada halusinasi penglihatan. |
hallucination | halusinasi | Kejururawatan | Tiada | Persepsi sensori penglihatan, pendengaran, penghiduan, rasa atau sentuhan tentang sesuatu yang tidak wujud. Keadaan ini mungkin dialami oleh pesakit mental atau kesan sampingan sesetengah ubat. |
tactile hallucination | halusinasi taktil | Perubatan | Psikiatri | Gangguan persepsi berkaitan dengan deria sentuh atau deria rasa pada permukaan kulit, seperti merasakan sesuatu yang merayap di atas atau di bawah kulit. |
pseudohallucination | pseudohalusinasi | Perubatan | Psikiatri | Fenomena yang bukan halusinasi sebenar, seperti hipnagogik dan hipnopompik yang boleh berlaku terhadap individu normal. |
delirium | delirium/racauan | Kejururawatan | Tiada | Gangguan mental dicirikan terutamanya oleh salah amatan, halusinasi dan rangsangan serebrum. Keadaan ini sering terjadi semasa demam panas, kecederaan kepala dan keadaan toksik. |
psychotic symptom | simptom psikotik | Perubatan | Psikiatri | Gejala penyakit yang dapat dilihat seperti delusi, halusinasi, tingkah laku yang tidak normal atau percakapan yang tidak menentu. |
twilight state | keadaan samar-samar | Perubatan | Psikiatri | Keadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi. |
twilight state | keadaan samar-samar | Perubatan | Psikiatri | Keadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi. |
positive symptom | simptom positif | Perubatan | Psikiatri | Gejala yang biasa dialami oleh pesakit psikosis, seperti halusinasi, delusi dan tingkah laku ganas. |
aura | aura | Kejururawatan | Tiada | Amaran sebelum serangan epilepsi dan migrain. Contoh, aura epilepsi mungkin terdiri daripada halusinasi, olfaktori, penglihatan, auditori atau cita rasa. |