Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa menger­jakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~, teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; kekabutan keadaan kabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll); ®kebut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 wap air spt asap yg lebih tebal drpd kabus. 2 tidak terang; kabur; kelam. kelam-~, = kalang-~ a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. berkabut 1 dilindungi atau ditutupi kabut; tidak terang; agak gelap. 2 ki sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabut

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Takkan lari gunung dikejar,
     hilang kabut tampaklah dia.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ice fogkabut aisMeteorologiTiadaKabut yang terdiri daripada hablur ais halus yang terampai di udara. Kabut ini mengakibatkan pengurangan ketampakan di permukaan bumi. Lihat kabut.
ice fogkabut aisGeografiTiadaPembentukan hablur ais di dalam udara yang terlalu banyak sehingga mengehadkan ketertampakan dan menggalakkan kepantulan cahaya matahari.
brain fogkabut otakPsikologiTiadaSindrom pasca-COVID yang dihadapi oleh bekas penghidap COVID-19 yang menyebabkan mudah lupa, keliru dan kurang daya fokus.
nebulizerpenebulaKimiaKimia AnalisisSistem penunu untuk menukarkan larutan sampel menjadi kabut wap larutan bagi tujuan pengukuran penyerapan.
mobocracymobokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang berada dalam keadaan kucar-kacir atau kacau-bilau apabila perusuh menguasai keadaan. Pada masa ini, undang-undang tidak dipatuhi dan masyarakat menjadi kelam-kabut. Keadaan seperti ini berlaku apabila kerajaan telah kehilangan kuasa atau gagal mengawal ketenteraman awam. Institusi pemerintahan seperti polis, tentera, kastam dan imigresen tidak berupaya melaksanakan tugas secara berkesan. Contohnya, Indonesia selepas kejatuhan nilai wang pada tahun 1998 dapat dianggap sebagai mobokrasi.

Kembali ke atas