Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb se­suatu yg dihajati atau dicita-citakan), keke­cewaan: kebanyakan para orientalis me­nyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan atau perasaan hampa; kekosongan; kekecewaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampa (adverba)
1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong,
Berantonim dengan berisi

2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,

3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya,
Berantonim dengan berjaya

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,

Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
despondencykehampaanPendidikanTiadaTiada
administrative depressionkekecewaan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Kemurungan atau kehampaan birokrasi yang berlaku kerana kegagalan individu atau organisasi dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab pentadbiran. Antara elemen kekecewaan pentadbiran ialah kegagalan naik pangkat, kurang kemahiran, mangsa pilih kasih, hubungan renggang di tempat kerja, konflik dalaman, masalah disiplin pekerja, output yang rendah, prestasi yang lemah, kedudukan kewangan yang rapuh dan budaya organisasi yang tidak sihat. Senario ini akan menjejaskan semangat untuk bekerja, menambah tekanan dan menimbulkan pelbagai bentuk konflik dalam pengurusan organisasi. Kekecewaan pentadbiran juga boleh berlaku sekiranya anggota organisasi menyimpang daripada tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya tanpa berpandukan misi dan objektif yang hendak dicapai.

black humourhumor pahitKesusasteraanTiadaKesan lucu dalam penulisan fiksyen dan drama. Kesan lucu ini terbit daripada keadaan hodoh, murung dan dahsyat yang berkaitan dengan suatu dunia yang mengelirukan dan menggerunkan. Dalam drama, kesan lucu ini bertujuan mengejutkan dan mengelirukan khalayak dan membuatkan mereka ketawa, terutamanya ketika menghadapi kebimbangan, kesengsaraan, dan kematian. Humor pahit merupakan elemen penting dalam teater absurd kerana matlamatnya adalah untuk menyatakan kesia-siaan dan kehampaan dalam kehidupan kontemporari. Lihat juga teater absurd, teater hitam.

Kembali ke atas