game theory | teori mainan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu cabang matematik yang disesuaikan dalam bidang perancangan dalam pemilihan strategi terbaik untuk kumpulan-kumpulan yang bercanggah kepentingannya. |
infrared spectroscopy | spektroskopi infamerah | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah spektroskopi yang berdasarkan pengesanan penyerapan sinaran inframerah oleh molekul yang mengalami peralihan getaran dan putaran. Ia memberi maklumat mengenai kumpulan-kumpulan berfungsi seperti karbonil dengan ikatan ganda dua. Kaedah ini juga sangat berguna bagi mengenal pasti struktur dan simetri molekul. |
group life insurance | insurans hayat kumpulan | insurans | Tiada | Insurans hayat yang memberi perlindungan kepada ahli sesuatu kumpulan. Insurans ini diperolehi oleh majikan untuk pekerja atau sebarang kumpulan tetapi kumpulan ini hendaklah ditubuhkan bukan semata-mata untuk membeli insurans. Kosnya adalah lebih rendah daripada polisi individu. |
compensatory curriculum | kurikulum tambahan | Pendidikan | Tiada | Kurikulum yang direka bentuk untuk mengatasi kelemahan pendidikan bagi kumpulan tertentu seperti kumpulan minoriti, iaitu kumpulan sosioekonomi rendah. Kurikulum tersebut bersifat kurikulum percubaan atau tambahan dan bukan untuk perubahan pendidikan yang menyeluruh. |
anthraquinone | antrakuinon | Herba | Pemiawaian | Sebatian organik aromatik yang mempunyai kumpulan keton yang terikat di pusat gelang. Antrakuinon merupakan terbitan daripada kumpulan kuinon, mempunyai kumpulan hidroksi dengan ciri fenolik dan bertabur secara meluas dalam kulat, liken dan tumbuhan peringkat tinggi. Antrakuinon juga merupakan kumpulan pigmen pewarna yang terbesar dan dikenali juga sebagai 9,10-antrakuinon. Contohnya, aloin, barbaloin, aloe-emodin yang diperoleh daripada bahagian daun lidah buaya (Aloe vera). |
blind test | ujian buta | Perubatan | Tiada | Ujian penguji yang tidak mengetahui kumpulan mana yang diuji dan kumpulan mana yang menjadi kumpulan kawalan. |
wholesale group insurance | insurans kumpulan borong | insurans | Tiada | Pelan yang melindungi kumpulan yang setiap peserta diberi polisi individu dengan peruntukan standard tetapi diberi faedah yang berbeza. Setiap individu dikenakan pengunderaitan tersendiri. Polisi seperti ini biasanya dikeluarkan bagi kumpulan yang kecil yang tidak layak mendapat perlindungan insurans kumpulan biasa. Polisi ini biasanya dijual kepada para pekerja dengan persetujuan atau kebenaran majikan mereka. |
subprofessional group | kumpulan subikhtisas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kumpulan separa profesional atau separuh mahir dalam sesuatu bidang atau organisasi. Dalam organisasi, kumpulan ini membentuk sebahagian besar daripada golongan pekerja. Kelompok ini tidak memiliki kemahiran yang tinggi tetapi tetap diperlukan sebagai kakitangan sokongan yang penting. Contohnya, golongan pembantu tadbir. |
puritanism | puritanisme | Kesusasteraan | Tiada | Pegangan agama Kristian yang menekankan ketegasan dan kepatuhan dalam hal moral dan agama. Pada awalnya, puritanisme merujuk kepada prinsip dan cara hidup kumpulan Puritan, iaitu kumpulan orang Protestan di England. Pada abad ke-16, kumpulan ini menuntut reformasi dalam doktrin dan upacara sembahyang. Pada abad ke-17, puritanisme menjadi pegangan sebuah parti politik yang mempunyai kuasa besar. Kumpulan ini menaiki kapal Mayflower untuk datang ke Dunia Baharu, iaitu Amerika. Mereka bercita-cita mendirikan kerajaan berdasarkan sistem keagamaan yang dianggap tulen. Pemikiran puritanisme ini mempengaruhi pengarang awal di Amerika. |
group characteristic | ciri kumpulan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kumpulan haiwan yang semua ahlinya mempunyai ciri umum yang sama dan dapat melahirkan anak yang mempunyai ciri kumpulan yang sama. |