asthenopia | astenopia | Sains Kesihatan | Tiada | Merujuk kepada sebarang keluhan berkaitan dengan kerengsaan mata. Contohnya mata berair, mata merah, mata penat, mata rasa berpasir dan sebagainya. |
detective story | cerita detektif | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu bentuk cereka yang ringan untuk tujuan hiburan. Cerita berkaitan dengan jenayah dan keganasan dihasilkan sejak kurun ke-18, namun umum berpendapat bahawa karya Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue (1841) merupakan titik bermulanya bentuk cereka ini. Antara penulis terkemuka ialah Sir Arthur conan Doyle, Agatha christle, Earl Stanley Gardner, P.D. James dan Carroll John Daly. Watak dalam cerita detektif yang terkenal ialah sherlock Holmes, Hercule Poirot, Race William dan Perry Mason. Contoh karya Melayu ialah Cincin Rahsia oleh Hashim Amir Hamzah, Izin dalam Paksa oleh Marwilis Haji Yusof, dan Siapakah Pembunuhnya oleh Abdullah Sidek. Contoh dalam sastera Arab ialah Yawmiyat Na�ib fi al-Aryaf Tawfiq al-Hakim. |
burl | pepusar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kecacatan bentuk kayu yang berlaku pada pokok semasa proses pertumbuhan. Bentuk kecacatan yang biasa berlaku ialah benjolan pada batang atau dahan pokok yang dipenuhi oleh mata-mata kayu. Pepusar boleh berlaku disebabkan keadaan persekitaran atau akibat tindakan manusia. |
binocular parallax | paralaks binokular | Sains Kesihatan | Tiada | Beza sudut penglihatan antara mata kanan dengan mata kiri apabila objek mulanya dilihat dengan satu mata, diikuti dengan mata yang satu lagi. |
repetend | baris ulang ragam | Kesusasteraan | Tiada | Unsur ulangan pada perkataan, rangkai kata atau ayat kecil yang berlaku dalam puisi. Contohnya sajak karya Kemala, "Kaktus-kaktus" (Kaktus-kaktus, 1976, hlm. 22): ada nama ada nama di mata pawana ada mata ada mata di dada suasana ada dada ada dada mega-mega ada nama ada mata ada dada. |
bilateral | dwilateral | Sains Kesihatan | Tiada | Merujuk kepada penglihatan mata kanan dan mata kiri. |
pencil pointer | penajam pensel | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alat pemotong atau penajam, berbentuk bulat yang digunakan untuk mengasah dan menajamkan mata pensel. Peralatan ini mengandungi alat pemotong yang diperbuat daripada mata keluli jenis asas yang dikatakan lebih baik berbanding keluli yang lain. Alat ini juga memiliki tolok untuk menumpulkan mata pensel. Papan kertas pasir digunakan untuk membentuk mata pensel menjadi seperti mata pahat atau untuk menumpulkan mata pensel bagi tujuan teknik-teknik yang khusus. |
angle of strabismus | sudut strabismus | Sains Kesihatan | Tiada | Sudut antara paksi penglihatan mata juling dengan mata normal. |
aniseikonia | aniseikonia | Sains Kesihatan | Tiada | Perbezaan bentuk dan/atau saiz imej retina antara mata kanan dengan mata kiri. |
conjunctivitis | konjunktivitis | Herba | Fitoterapi | Keradangan pada lapisan konjunktiva yang merangkumi permukaan dalam kelopak mata dan bahagian putih mata akibat jangkitan kuman atau virus. Sinonimoftalmia. |