weep | menangis | Perubatan | Tiada | Tiada |
lacrimation | lakrimasi | Perubatan | Tiada | Penghasilan air mata yang berlebihan, misalnya semasa menangis. |
breath holding spell | sela nafas | Perubatan | Tiada | Keadaan nafas terhenti sementara dalam tempoh yang tidak melebihi satu minit, biasanya berlaku pada kanak-kanak yang sedang menangis, marah, sakit atau takut. |
aversive conditioning | pengkondisenan aversif | Pergigian | Tiada | Teknik untuk mendapatkan perhatian daripada pesakit kanak-kanak supaya dapat berkomunikasi dan bekerjasama untuk mendapatkan rawatan. Teknik ini digunakan kepada kanak-kanak yang tidak memberi kerjasama bagi menjalankan rawatan pergigian. Pesakit akan diletakkan di atas kerusi pergigian. Sekiranya pesakit tidak bekerjasama, doktor pergigian akan meletakkan tangannya pada mulut pesakit dan menyuruhnya diam atau tidak boleh menangis. Sekiranya pesakit bekerjasama, doktor akan melepaskan tangannya dan memuji serta menenangkan pesakit. Teknik ini agak kontroversi kerana menggunakan kekerasan untuk menjalankan rawatan. Sinonim teknik tangan atas mulut |
negative reinforcement | peneguhan negatif | Psikologi | Psikologi Umum | Tindakan menarik faedah yang akan diperoleh supaya individu meneruskan tingkah laku yang dikehendaki. Setiap individu biasanya akan mengulangi tingkah laku yang dapat mengelakkan atau mengurangkan keadaan yang negatif. Dalam konteks ini, sesuatu yang ditarik daripada subjek adalah rangsangan atau perkara yang tidak disenangi. Contohnya, ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-mekik. Walau bagaimanapun, peneguhan negatif berbeza daripada dendaan kerana tindakannya akan meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki. |
metrical fillers | pengisi matris | Kesusasteraan | Tiada | Suku kata, perkataan, atau frasa yang digunakan untuk menggenapkan keperluan sukatan baris atau rima. Pengisi matris sering kali tidak mempunyai makna, kadangkala hanya merupakan kata merapu tetapi berfungsi untuk memenuhi syarat suku kata dalam baris dan bunyi. Pengisi matris digunakan kerana nilai bunyinya. Contohnya dalam syair, pengisi matris hanya memenuhi kehendak lagu kerana syair itu dilagukan. Contoh berikut menunjukkan pengisi (dicetak condong), dimasukkan untuk memenuhi sukatan baris dan lagu: (a) Adik wei jangan berhati gundah (b) Tinggallah tuan ayo adinda (c) Dilihatnya surat di pandan wari (d) Menangis sambil membaca seri. Contoh berikut adalah untuk keperluan rima: �hancurnya hati puteri surana,� untuk dirimakan dengan, �berpeluk bercium sangat gulana� �Ken Tambuhan berkata maka,� untuk dirimakan dengan, �rupanya seperti bunga cempaka� �anak bininya diikat apa,� untuk dirimakan dengan, �tiada lagi memandang rupa�. |