mental health treatment | rawatan kesihatan mental | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit mental untuk memulihkan tahap kesihatan mentalnya. Mental yang bercelaru menyebabkan pesakit mental bersikap agresif untuk melakukan jenayah. |
mental illness | penyakit mental | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan kesihatan mental yang mempengaruhi rasa hati (mood), pemikiran dan kelakuan seseorang, yang diiktiraf dan disahkan oleh pakar atau pusat psikiatri. |
mental disorder | gangguan mental | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penyakit atau keadaan yang berlaku akibat perubahan organik atau tidak organik pada otak, yang memberikan kesan terhadap tingkah laku atau keadaan psikologi seseorang. Penyakit ini perlu diiktiraf dan disahkan oleh pakar atau pusat psikiatri. |
ilusion | ilusi | Kejururawatan | Tiada | Anggapan mental yang terbit daripada salah tafsiran tentang sesuatu rangsangan, contohnya tali ditafsir sebagai ular. Biasanya berlaku kepada pesakit mental. |
personality disorder | kecelaruan personaliti | Kejururawatan | Tiada | Gangguan perilaku seseorang dari segi mental dan fizikal akibat gangguan patologi yang dicirikan dengan perubahan emosi dan mental. |
psychological novel | novel psikologi | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik. |
melancholia | melankolia | Perubatan | Psikiatri | Penyakit mental yang ditandai oleh keadaan murung atau perasaan yang amat sedih dan berpanjangan. |
prosopagnosia | prosopagnosia | Perubatan | Psikiatri | Gangguan mental kognitif yang dihidapi oleh seseorang untuk mengecam wajah individu yang lain, termasuk wajahnya sendiri. |
psychosis | psikosis | Perubatan | Psikiatri | Gangguan mental yang teruk, dicirikan oleh perubahan emosi, persepsi, tingkah laku, pemikiran dan ketidakpekaan terhadap persekitaran. |
delirium | delirium/racauan | Kejururawatan | Tiada | Gangguan mental dicirikan terutamanya oleh salah amatan, halusinasi dan rangsangan serebrum. Keadaan ini sering terjadi semasa demam panas, kecederaan kepala dan keadaan toksik. |