micro-state | negara mikro | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang sangat kecil dari segi bentuk saiz atau bilangan penduduk seperti Monaco, Nauru, Tuvalu, Kiribati, Grenada, Antigua, Dominica dan St. Lucia. Negara ini mempunyai saiz lebih kurang 200-300 km persegi dan penduduk kurang daripada 50 000 ribu. |
silkstocking district or ward | daerah mewah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang besar walaupun saiz kawasannya kecil. Wilayah ini mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Pentadbiran wilayah Putrajaya sebagai wilayah pentadbiran negara dapat dianggap sebagai daerah mewah apabila perbelanjaan yang sangat besar diperuntukkan di kawasan tersebut. Sinonim mukim mewah. |
socioeconomic development | pembangunan sosioekonomi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perkembangan sosial dan ekonomi yang dialami oleh masyarakat di sesebuah negara. Kemajuan ini dilihat melalui elemen seperti kadar perindustrian, tingkat pendapatan negara, tahap kenaI huruf, perbandaran, saiz kelas menengah, tahap kesihatan, bilangan golongan profesional dan sebagainya. Perkembangan ini juga mengambil kira tahap pengedaran akhbar, pemilikan telefon dan insurans yang tinggi. Selain itu, pembangunan sosioekonomi ini boleh mempengaruhi perkembangan politik sesebuah negara. Sarjana politik seperti Lipset dan Girling pula mengatakan bahawa pembangunan sosioekonomi dilihat sebagai faktor penting kepada perkembangan demokrasi. Semakin kaya sesebuah negara itu semakin tinggi kemungkinan menjadi lebih demokratik. |
rule of law | kedaulatan undang-undang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Peraturan dalam sesebuah negara yang berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang negara tersebut. Kerajaan melaksanakan pemerintahan berasaskan perlembagaan negara. Pilihan raya yang dilaksanakan, cara persaingan dan saiz ruang politik yang dibenarkan dan ruang perniagaan yang diberikan semuanya menurut batasan perlembagaan. Dengan garis panduan ini, keamanan negara, kestabilan politik, persaingan ekonomi dan keharmonian hubungan sosial akan berjalan menurut peraturan yang tertib. Dalam negara ini, kedudukan undang-undang dipelihara dan dipatuhi oleh semua pihak sama ada orang kebanyakan, golongan pendatang, pembangkang dan pemerintah. Dengan ini, perlembagaan negara diterima oleh semua dan pemerintahan negara dilaksanakan menurut batasan perlembagaan. Contohnya, kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh pemerintah Malaysia telah memelihara kestabilan politik dan hubungan kaum di negara ini. |
direct democracy | demokrasi langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang melibatkan penyertaan rakyat secara langsung dalam proses politik. Sistem ini wujud pada zaman negara kota Athens, Greek dahulu. Dalam sistem ini, rakyat terlibat sendiri dalam proses penggubalan undang-undang, dasar dan keputusan politik. Mereka turut hadir dalam perbincangan mengenai pentadbiran negaranya. lni bermakna, rakyat tidak mewakilkan kepada mana-mana perwakilan atau wakil rakyat untuk menyampaikan pandangan dan suara mereka. Demokrasi ini sesuai diamalkan dalam sebuah masyarakat bersaiz kecil seperti negara kota. Kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan kerana saiz negara dan masyarakat yang sangat besar dan kompleks. |