Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal berhimpun bera­mai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: se­kalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala da­gangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hal atau perbuatan berhimpun (beramai-ramai utk sesuatu tujuan); perjumpaan (besar); perkumpulan: Beberapa orang pemimpin telah berucap di ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nominating conventionkonvensyen pencalonanSains PolitikPolitik PerbandinganPerhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden.
mass gatheringperhimpunan ramaiKesihatan AwamTiadaSesi pertemuan atau perjumpaan yang dihadiri lebih daripada 100 orang dalam sesuatu tempat atau acara secara serentak.
assembly languagebahasa perhimpunanKejuruteraanTiadaTiada
mass movementpergerakan massaSains PolitikPolitik PerbandinganPerhimpunan secara besar-besaran yang dipengaruhi oleh sesuatu isu, kepimpinan atau kejadian. Orang ramai yang dimobilisasikan secara bersama ini akhirnya akan mendesak kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka serta mengharapkan keputusan yang segera. Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi oleh pemerintah, ia boleh menjadi serius dan membawa kepada ketidakstabilan politik. Pergerakan Reformasi di Indonesia pada tahun l998 dapat dianggap sebagai pergerakan ramai yang menuntut peletakan jawatan Presiden Soeharto. Sinonim pergerakan ramai.
national conventionkonvensyen kebangsaanSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan atau perhimpunan yang diadakan aleh sesebuah pertubuhan untuk membincangkan perkembangan tahunan, pemilihan jawatan penting dan merumus dasar-dasar utama bagi pertubuhan tersebut. Parti politik lazimnya mengadakan konvensyen kebangsaan tahunan bagi memenuhi tujuan ini.
agoraagoraKesenianHiasan DalamanRuang terbuka yang digunakan sebagai tempat perbincangan dan perhimpunan umum atau pasar yang dikelilingi oleh deretan tiang bangunan yang besar. Ruang ini merupakan hasil binaan yang utama dan banyak ditemui dalam tamadun Yunani dan Rom.
the silent majoritymajoriti senyapSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap.
delay phasefasa lewatKesihatan AwamTiadaLangkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kesan kemuncak sesuatu virus dan memperlahankan perebakannya, seperti mengenakan sekatan ke atas perhimpunan ramai.
Movement Control Order (MCO)Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Undang-undangTiadaSatu peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia berpandukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344). Peraturan ini antaranya mengandungi larangan kepada orang awam daripada terlibat dalam sebarang bentuk perhimpunan orang ramai atau larangan terhadap pergerakan keluar masuk.

Kembali ke atas