Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alienation effectkesan keterasinganKesusasteraanTiadaKeadaan khalayak dan pelakon yang perlu mengekalkan jarak kritikal semasa persembahan drama. Khalayak perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah lakonan semata-mata dan sepatutnya boleh membezakan antara ilusi dengan realiti. Justeru, khalayak seharusnya tidak mengidentifikasikan diri mereka dengan pelakon. Pelakon perlu mengekalkan jarak dengan watak yang dilakonkan agar penonton tidak menyerapkan dirinya ke dalam watak itu. Oleh itu, pelakon menjadi lebih kritis terhadap watak yang dilakonkannya. Hal ini berbeza dengan konsep Dramatic Theatre Aristotle yang membawa penonton ke dunia ilusi. Penonton terlalai sehingga menerima apa yang berlaku di atas pentas sebagai realiti. Kesan keterasingan merupakan unsur penting dalam teori drama Bertolt Brecht. Untuk melahirkan kesan pengasingan ini, Brecht mendedahkan mekanisme pentas dengan menggunakan lagu atau ucapan untuk memisahkan setiap episod dalam persembahannya agar penonton bertindak lebih wajar dan kritikal. Kesan keterasingan ditemui dalam drama Anwar Ridhwan bertajuk Yang Menjelma dan Yang Menghilang.
necessity goodsbarang perluEkonomiTiadaBarang yang mempunyai keanjalan pendapatan yang positif yang kurang daripada satu, iaitu kadar pembeliannya tidak bertambah sebanyak kadar pertambahan pendapatan. Barang perlu ialah barang yang penting untuk keperluan kehidupan asas seperti makanan, tempat kediaman, pakaikan, dan keperluan perubatan.
essential amino acidasid amino perluKejururawatanTiadaLapan asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat. Asid amino ini tidak boleh disintesiskan oleh badan dan perlu diperoleh daripada makanan atau ubatan.
overload principleprinsip lebih bebanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa sesuatu latihan perlu dilakukan dengan beban yang melebihi keupayaan biasa atlet. Penambahan beban latihan perlu dilakukan secara beransuransur supaya tubuh atlet dapat bertindak balas dan membuat penyesuaian terhadap rangsangan baharu yang diberikan. Penyesuaian terhadap beban latihan yang baharu akan meningkatkan tahap kecergasan atlet.
herbal product quality complaintaduan kualiti produk herbaHerbaTiadaAduan pelanggan mengenai masalah produk akhir herba. Aduan ini timbul akibat daripada kesilapan pengilangan, kecacatan produk, kemerosotan kualiti produk dan campur palsu dalam bahan herba. Menurut Amalan Pengilangan Baik, sebarang aduan perlu direkodkan dengan lengkap. Punca sesuatu aduan perlu disiasat dan aduan tersebut diambil tindakan. Rekod aduan juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat masalah yang berulang, pihak berkuasa perlu menarik balik produk herba tersebut dari pasaran. Sebarang aduan yang melibatkan panggil balik atau penyekatan pembekalan produk herba perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa perlesenan.
storage areakawasan penstoranHerbaTiadaSuatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Kawasan penstoran ini perlu diurus, diselenggara, dipantau dan dijaga kebersihannya dengan baik bagi menghalang kemerosotan kualiti bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Persekitaran stor seperti suhu, lembapan dan sinaran cahaya juga perlu dikawal menurut kesesuaian bahan dan sediaan herba. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba perlu dilabel dan disimpan mengikut jenis masing-masing. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba disimpan mengikut turutan untuk memastikan putaran stok yang berkesan. Akses ke kawasan ini juga perlu dikawal untuk mengelakkan pencemaran dan pencerobohan.
contract manufacturingpembuatan kontrakHerbaTiadaPerjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan pengilang kontrak berlesen untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk herba. Pengilang kontrak perlu mempunyai premis, kelengkapan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik. Pembuatan produk herba perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan. Sinonim pengilangan kontrak.
contract analysisanalisis kontrakHerbaTiadaPerjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan penganalisis kontrak untuk menjalankan sebarang aktiviti analisis yang berkaitan dengan kualiti, keberkesanan dan keselamatan bahan mentah, sediaan dan produk herba. Penganalisis kontrak perlu mempunyai makmal bertauliah, peralatan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Makmal Baik. Analisis perlu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pelanggan. Sijil analisis perlu ditandatangani oleh pegawai bertauliah.
essential servicesperkhidmatan perluPentadbiranTiadaPerkhidmatan dalam negara yang penting atau diperlukan untuk menangani keperluan masyarakat dalam negara seperti perkhidmatan air, gas dan elektrik.
semi-direct democracydemokrasi separuh langsungSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang melibatkan penyertaan politik secara langsung kepada kelompok tertentu, manakala kelompok yang lain dalam masyarakat perlu memilih wakil bagi mewakili kepentingan mereka. Kelompok yang terlibat secara langsung seperti golongan aristokrat, intelektual dan kelas atasan. Kelompok yang perlu memilih wakil pula ialah golongan bawahan dan hamba.
12345678910...

Kembali ke atas