Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak berlengah-lengah atau tidak ternanti-nanti lagi; terus dilakukan; lekas-lekas; cepat-cepat: Surat ini henĀ­daklah dihantar ~. menyegerakan meĀ­lakukan sesuatu dgn segera: Kami memohon supaya kerajaan ~ pembinaan klinik di kampung ini. mempersegera menjadikan lebih segera; mempercepat. penyegeraan proses atau perbuatan menyegerakan: Bahan yg dihasilkan itu adalah utk ~ pulihnya kesegaran kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segera (adjektif)
Bersinonim dengan cepat, lekas, pantas, laju, deras, ekspres;,
Kata Terbitan : bersegera, menyegerakan, kesegeraan,

Puisi
 

Limau manis masak di kuala,
     Pisau wali tajam dikikir;
Hitam manis bangun segera,
     Esok pagi abang nak hilir.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fast foodmakanan segeraSains KesihatanTiadaMakanan yang disediakan secara komersial yang boleh diperoleh oleh pengguna dengan mudah dan cepat.
fast fashionfesyen segeraKesenianTiadaFesyen pakaian berharga rendah tetapi gayanya mengikut trend semasa yang bergerak pantas dengan koleksi baharu diperkenalkan secara berterusan.
sugar rushtenaga segeraKesihatanTiadaTiada
certificate of urgencysijil (tindakan) segeraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
certificate of urgencysijil (tindakan) segeraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
immediate participation guaranteed planpelan sertaan segera terjamininsuransTiadaKontrak yang menjamin insured menyertai suatu skim pencen yang mengambil kira pengalaman sebenar dari segi kemortalan, belanja, faedah, pendapatan untung/rugi akibat jualan harta-harta pelaburan.
fast tracklaluan pantasPendidikanTiadaKaedah segera melalui laluan, kursus dan program khas bagi memperoleh sesuatu atau mendatangkan hasil dengan lebih cepat daripada kebiasaan.
emergency nursing carejagaan kejururawatan kecemasanKejururawatanTiadaTindakan kejururawatan segera yang diberikan kepada pesakit dalam keadaan serius dan berlaku secara tiba-tiba yang boleh mengancam nyawa atau mengakibatkan komplikasi teruk.
ad-hoc planningperancangan ad-hocPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerancangan segera untuk sesuatu perkara atau tujuan yang khusus.
quick service restaurantrestoran perkhidmatan pantasPelanconganTiadaKedai yang menyediakan perkhidmatan makanan segera yang cepat, seperti Kentucky Fried Chicken dan McDonald.
123

Kembali ke atas