open-ended question | soalan terbuka | Sains Politik | Politik Perbandingan | Soalan kepada responden dalam suatu kerja lapangan penyelidikan yang bersifat terbuka dan subjektif jawapannya. Responden bebas menjawab mengikut fikirannya tanpa sebarang pilihan. Ini berbeza dengan soalan tertutup, apabila responden diberi pilihan seperti 'Ya' atau 'Tidak', 'Benar' atau 'Salah' dan 'Sangat Setuju', 'Setuju', 'Tidak Setuju' dan 'Sangat Tidak Setuju'. Soalan tertutup ini memberi pilihan yang terbatas sebaliknya soalan terbuka membolehkan responden menjawab mengikut pandangannya tanpa sebarang pilihan. |
deposit | cengkeram | Ekonomi | Tiada | Sebahagian wang yang pembeli bayar dahulu sebagai tanda setuju membeli barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual. Bayaran sepenuhnya akan dibuat kemudian apabila pembeli ingin mengambil barang tersebut atau ingin mendapatkan perkhidmatan yang dijanjikan. |