political system | sistem politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Set institusi formal yang membentuk kerajaan atau pemerintah seperti kabinet, kehakiman, parlimen dan pilihan raya. Sistem ini merangkumi struktur yang jelas, fungsi dan peranan yang menyeluruh serta mempunyai matlamat yang hendak dicapai. Di samping institusi formal ini, sistem politik turut melibatkan tingkah laku politik individu dan organisasi yang sentiasa saling berinteraksi dan bersaing. Secara umumnya sistem politik ini merupakan sebahagian dari keseluruhan sistem sosial yang lebih besar dalam masyarakat. Terdapat beberapa jenis sistem politik yang berbeza biasanya berasaskan ideologi tertentu seperti monarki, demokrasi, komunis dan fasis. |
political system | sistem politik | Sosiologi | Tiada | Tiada |
collectivism | kolektivisme/faham kolektif | Sejarah | Tiada | Sistem politik-ekonomi yang dicirikan oleh kawalan kolektif khususnya dalam pengeluaran dan pengagihan barangan dan perkhidmatan, berlawanan dengan sifat pasaran bebas. |
subversion | subversif | Undang-undang | Tiada | sesuatu yang bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sistem politik, kerajaan, agama dan lain-lain dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit. |
intermittent political system | sistem politik sela-menyela | Sains Politik | Tiada | Tiada |
industrial revolution | revolusi perindustrian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Revolusi yang berlaku di England sekitar tahun 1750 yang menandakan permulaan operasi perkilangan secara moden dengan penggunaan jentera dan perkembangan skala ekonomi, pengenalan sistem upah dan perusahaan perniagaan korporat. Revolusi ini merupakan permulaan peralihan sistem politik tradisional kepada sistem politik moden. |
balance of power | imbangan kuasa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Teori politik yang berasaskan idea bahawa keamanan akan dapat diwujudkan sekiranya terdapat persamaan kekuatan ketenteraan, politik atau ekonomi antara negara di dunia. Pada abad ke-19 hingga ke-20, teori politik ini sering menjadi amalan untuk pengekalan keamanan dunia. Sistem politik Eropah khususnya sekitar tahun 1871 hingga 1914 amat kuat mengamalkan prinsip teori ini. Contohnya, Jerman, Austria dan Itali diimbangi kuasanya oleh pakatan Perancis-Rusia dan Inggeris. Dalam keadaan ini, kedua-dua pihak cuba mengelak mana-mana negara menjadi kuasa hegemoni. |
revolutionary war | perang revolusioner | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perang yang berlaku antara kerajaan dengan kumpulan bukan kerajaan dalam sesebuah negara dan tidak melampaui sempadan negara tersebut. Matlamat kumpulan bukan kerajaan yang terlibat dalam perang ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan serta sistem politik yang wujud dan menggantikannya dengan kerajaan dan sistem yang baru. Perang ini biasanya dikaitkan dengan perang yang bercirikan unsur ideologi. Dalam tempoh Perang Dingin, ramai penganalisis politik menganggap perang ini dilancarkan oleh kumpulan Marxisme. |
legitimacy | keabsahan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang menjelaskan kesahan penerimaan kuasa secara sah oleh rakyat. Sumber sah sesuatu kuasa terbahagi kepada tiga, iaitu tradisional, karisma dan rasional perundangan. Contohnya, sistem beraja Negara Brunei Darussalam disahkan kerana tradisi yang masih kekal. Menurut S.M. Lipset pula, keabsahan melibatkan keupayaan sesebuah sistem politik membangkitkan dan mengekalkan kepercayaan ramai bahawa institusi politik yang ada merupakan institusi paling sesuai bagi masyarakat tersebut. Masalah timbul apabila terdapat pihak yang tidak yakin dengan institusi politik dan struktur kuasa yang ada. Contohnya, keadaan yang dialami oleh penduduk Quebec di Kanada dan pergolakan yang berlaku di Ireland Utara. |
mobilization system | sistem kerahan/sistem mobilisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |