Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Africa, Caribbean and Pacific (ACP))Afrika, Caribbean dan PasifikSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan negara-negara Afrika, Caribbean dan Pasifik yang memerlukan bantuan khas dan skim perdagangan istimewa daripada negara maju. Pembentukan rejim perdagangan dan bantuan khas negara maju khususnya Kesatuan Eropah terhadap ACP telah dimeterai di Yaound�, Cameroon dan Lome, Togo. Terma bantuan Kesatuan Eropah kepada negara ACP selari dengan konvensyen Lome keempat yang dimeterai pada tahun 1990. Namun demikian, kritikan yang kerap dibuat oleh anggota ACP ialah bantuan pembangunan yang dijanjikan oleh negara maju khususnya dalam menangani masalah kebuluran, pertumbuhan ekonomi dan memperbaik taraf sosial rakyat tidak mencapai matlamat. Sinonim ACP.
state buildingpembinaan negaraPentadbiranPentadbiran Awam

Proses atau tindakan yang dilakukan oleh pemerintah untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat, maju dan makmur. Antara tindakan yang diambil adalah dengan membangunkan masyarakat daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden, daripada keadaan mundur kepada yang lebih maju, daripada masyarakat yang berpecah kepada yang bersatu padu dan daripada kehidupan serba kekurangan kepada yang sempurna. Pembinaan negara mencakupi pembangunan dan perubahan semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, pendidikan, budaya, pengurusan, sains dan teknologi serta pemantapan masyarakatnya. Pembinaan negara tidak akan terhenti selagi wujudnya masyarakat dalam negara tersebut. Contohnya penggubalan dan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional di Malaysia adalah sebahagian daripada proses pembinaan negara.

old snowsalji lamaSainsHidrometeorologiSalji termendap yang penukarannya kepada firm sudah begitu maju sehinggakan bentuk asal hablur aisnya tidak dapat dicam lagi.
civilizationtamadunArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKeadaan hidup masyarakat yang bertambah maju. Tamadun berasal daripada perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau masyarakat yang mempunyai peradaban. Namun begitu, tidak semestinya peradaban merujuk kepada kemajuan yang dicapai di kota atau bandar semata-mata. Hal ini kerana peradaban manusia mempunyai tahap tertentu, iaitu peradaban rendah, primitif di desa dan peradaban tinggi di kota atau bandar. Contohnya, tamadun Yunani, tamadun Mesopotamia dan tamadun Rom. Sinonim peradaban.
linegaris; talianKejuruteraanTiada1. Niskalaan matematik yang tidak mempunyai kelebaran mahupun ketebalan, hanya kepanjangan.,2. Surihan tunggal bagi alur elektron dari kiri ke kanan, merentasi skrin televisyen.,3. Pengalir tenaga elektrik.,4. Laluan bintik bergerak pada tiub sinar katod.,5. Sebaris lubang yang serenjang dengan arah maju bagi pita tertebuk.,6. Saling sambungan di antara dua peranti elektrik.,7. Kabel, talian telefon dan sebagainya, yang digunakan untuk menghantar dan menerima data komunikasi.,8. Sebaris aksara yang dicetak atau dipapar.,9. Satu siri aksara yang diterima sebagai suatu masukan tunggal oleh komputer.,10. Sebaris suruhan atau argumen pada atur cara komputer.
developing countrynegara membangunPentadbiranTiadaKelompok negara yang berada pada tahap pembangunan sederhana atau mundur dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, sosial dan politik. Kebanyakan negara ini mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Negara membangun masih bergantung kepada bantuan negara maju atau organisasi antarabangsa, dan sumber pendapatan negara lebih tertumpu kepada sumber alam. Sistem politiknya belum mencapai tahap kematangan dan tidak mengamalkan persaingan yang bebas seperti negara maju. Sistem pentadbiran di negara membangun juga masih dalam proses pemantapan dengan pelbagai percubaan diaplikasi dalam usaha meningkatkan kecekapan. Kebanyakan negara membangun terdapat di Asia, Afrika dan Latin Amerika seperti Filipina, Rwanda, Mesir dan Chile.
sucker-rod pumppam rod penyedutKejuruteraanPetroleumSinonim : pam rod. Pam atau pasangan dalam lubang yang digunakan untuk membantu pengangkatan bendalir dari dalam lubang telaga ke permukaan dengan tindakan maju mundur atau penyalingan rentetan rod penyedut. Komponen dasarnya adalah pelocok, ceropong kerja, injap dan rentetan rod penyedut. Terdapat dua jenis pam rod penyedut, iaitu pam tetiub dan pam sisipan rod penyedut. Biasanya digunakan pada telaga pengeluaran yang tidak mampu lagi untuk mengeluarkan minyak dengan sendiri.
innovative thinkingpemikiran inovatifPengurusanPerancanganKeupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai �berfikir di luar kotak�. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju.
public accountabilityakauntabiliti awamPentadbiranPentadbiran Awam

Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.


Kembali ke atas