nominal diameter | garis pusat nominal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Garis pusat luar paip bagi paip yang bersaiz lebih besar daripada 12 inci dan menghampiri garis pusat dalam paip bagi paip yang bersaiz 3-12 inci. |
foot | kaki | Matematik | Tiada | Singkatan ka. Unit ukuran panjang dalam sistem British yang bersamaan dengan 12 inci. |
nipple | puting | Kejuruteraan | Petroleum | Paip yang berbentuk silinder dengan kedua-dua hujungnya mempunyai gegasan bebenang dan panjangnya kurang daripada 12 inci. |
side-wall core | teras sisi dinding | Kejuruteraan | Petroleum | Sampel formasi berbentuk silinder dan berukuran diameter 1 inci dan panjangnya 1 – 1½ inci, yang diambil dari dinding lubang telaga. Sampel ini didapatkan menerusi kaedah penerasan sisi dinding. |
folio | folio | Kesusasteraan | Tiada | Satu lembar kertas cetak yang apabila dilipat dua, menjadi empat halaman. Dalam tradisi percetakan Eropah, folio bermaksud sebuah buku bersaiz 12 inci x 15 inci. Folio juga merupakan kaedah penjilidan buku yang awal. Contohnya, drama Shakespeare telah dibukukan dalam folio pada tahun 1623. Walau bagaimanapun folio bukan hanya terbatas kepada bahan tulisan sastera tetapi juga meliputi bahan lakaran, seni lukis, gambar, kraf dan lain-lain. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, folio merupakan suatu bentuk yang biasa dalam penulisan manuskrip Melayu. Sebelum kaedah pencetakan dan penjilidan saintifik diperkenalkan di Tanah Melayu, pengarang Melayu menghasilkan karya dalam bentuk folio yang berbeza saiz dan bentuknya. Kini, contoh folio manuskrip Melayu masih tersimpan di beberapa buah perpustakaan, arkib, dan muzium. Folio berasal daripada perkataan latin yang bermaksud �helai�. |
fluid energy mill | pengisar tenaga bendalir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pengisar untuk pengurangan saiz pepejal bersaiz kurang daripada 12 inci yang beroperasi dengan mengapungkan pepejal ke dalam arus gas berhalaju tinggi di dalam saluran berbentuk elips atau bulatan supaya pepejal berlaga antara satu sama lain dan juga dengan dinding saluran. Dengan ini, pepejal tersebut dihancurkan dari saiz � inci ke saiz � - 10 mikron. |
cutting unit | unit potongan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keluasan permukaan kayu yang berukuran 1 inci lebar dan 1 kaki panjang, yang bersamaan 12 inci persegi. Misalnya, jumlah unit potongan bagi kayu berukuran 6 inci lebar dan 6 kaki panjang ialah 36 unit potongan. Peratusan unit potongan muka bersih digunakan dalam pengredan kepingan kayu. |
pitch identification | penyesuaian saiz aksara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menentukan 10, 12 atau 15 aksara dalam satu inci mengufuk. |
point size | saiz titik | Pendidikan | Tiada | 12.7pt; margin: 0cm 1.2pt 0pt 19.7pt; background: white; mso-line-height-rule: exactly">Unit yang digunakan untuk menerangkan ketinggian sesuatu aksara, contohnya 72 poin = 1 inci. |
Wellmann gasifier | penggas Wellmann | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penggas generasi pertama untuk menghasilkan gas pengeluar daripada arang batu yang bertindak balas dengan stim dan udara di dalam reaktor besi yang bergaris pusat 6 � 12 kaki, berdinding kembar, disejukkan oleh air dan dikendalikan pada tekanan atmosfera. Saiz zarahan arang batu yang digunakan adalah lebih daripada � inci. |