New World Order | Orde Baru Dunia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perihal keadaan politik dunia yang berubah akibat kejatuhan komunisme selepas tamat Perang Dingin pada akhir tahun 1990. Sebelum tahun 1990, imbangan kuasa adalah berasaskan persaingan antara dua pihak atau pusat, iaitu Kesatuan Soviet dan sekutunya dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kini, terdapat beberapa pusat kuasa di dunia serta pelbagai isu baru. Antara isu yang timbul dalam Orde Dunia Baru adalah berkenaan senjata nuklear, kimia dan biologi, masalah alam sekitar seperti pemanasan global, keganasan di Timur Tengah dan ancaman pengganas. |
centennial learners | pelajar sentinial | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Golongan pelajar yang dilahirkan pada tahun 1990-an hingga pertengahan tahun 2000 dalam persekitaran era teknologi digital dan multibudaya. Golongan ini secara nalurinya selesa dengan penggunaan Internet dan media sosial sejak lahir. Pelajar sentinial adalah tergolong dalam jati digital dan juga merupakan pascamilenial. Pelajar ini mudah menerima e-pembelajaran. Lihat juga jati digital. Banding pelajar milenial. |
millennial learners | pelajar milenial | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Golongan pelajar yang dilahirkan pada tahun 1980-an sehingga pertengahan 1990-an dalam persekitaran permulaan teknologi komputer dan Internet. Mereka lebih meminati pembelajaran interaktif, berasaskan pengalaman dan kolaboratif. Pelajar milenial adalah tergolong dalam jati digital dan mudah menerima e-pembelajaran. Lihat juga jati digital. Banding pelajar sentinial. |
Java programming language | bahasa pengaturcaraan Java | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa atur cara yang dicipta oleh Sun Microsystems pada pertengahan tahun 1990. Pada awalnya bahasa ini digunakan untuk menghubungk |
total quality management (TQM) | pengurusan kualiti menyeluruh (PKM) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Program yang diperkenalkan dalam perkhidmatan awam pada tahun 1990 yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan di kalangan sektor awam. PKM dipercayai dapat mempercepat hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih banyak organisasi awam yang cemerlang dan berorientasikan pelanggan serta pada masa yang sama berupaya menghasilkan output dan perkhidmatan yang berkualiti. Antara faedah utama hasil daripada pembentukan dan pelaksanaan PKM ini ialah penambahbaikan yang berterusan, iaitu organisasi mampu menilai semula kualiti perkhidmatan yang telah diberikan kepada masyarakat, di samping dapat membuat perancangan yang lebih rapi dan sempurna. Komitmen yang padu daripada pihak pengurusan atasan perlu sentiasa diberikan untuk memastikan segala sistem kerja dapat diselaraskan sesuai dengan matlamat organisasi. |
subsistance allowance | elaun sara diri | Ekonomi | Tiada | Sebahagian daripada pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Di Malaysia, mengikut taksiran cukai pendapatan 1990, bahagian pendapatan yang dikecualikan daripada cukai ialah RM5000 untuk diri sendiri, RM2000 untuk isteri, dan jumlah maksimum RM3000 untuk anak-anak. |
CODASYL (conference on data system languages) | CODASYL (persidangan bahasa sistem data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Organisasi profesional khusus untuk memperbaik dan mempiawaikan bahasa COBOL. Organisasi ini telah dibubarkan pada pertengahan tahun 1990-an. |
ARPA (Advanced Research Projects Agency) | ARPA (Agensi Projek Penyelidikan Termaju) | Teknologi Maklumat | Tiada | Agensi penyelidikan di bawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang telah menaja projek rangkaian kawasan luas. ARPANET telah ditamatkan pada tahun 1990. |
blobs | blob | Kesenian | Seni Bina | Rupa bentuk organik atau rekaan seni bina yang tidak bersegi, berpenjuru atau bersudut seperti rupa bentuk bulat atau gabungan rupa bentuk bulat dan bujur. Reka bentuk ini ditonjolkan oleh Greg Lynn pada sekitar tahun 1990-an dengan bantuan teknologi komputer. |
resource interchange file format (RIFF) | format fail saling tukar sumber (RIFF) | Teknologi Maklumat | Tiada | Spesifikasi multimedia yang membenarkan audio, imej, animasi dan lain-lain elemen multimedia disimpan dan boleh di saling tukar pada pelbagai pelantar. Spesifikasi ini dibangunkan oleh Microsoft dan IBM pada tahun 1990. |