haemolymph | hemolimfa | Biologi | Entomologi | Darah serangga yang plasmanya biasanya berwarna kuning dan mempunyai nilai pH 6.4-6.8 serta dan tentu 1.030-1.045. Darah ini mengandungi pelbagai jenis hemosit, asid amino bebas, ion natrium dan kalium, dan trebalosa (gula darah). Darah ini tidak terlibat dalam respirasi, kecuali pada serangga akuatik. Darah ini berfungsi sebagai pembawa bahan metabolisme, bahan perkumuhan, dan nutrien. Bahan lemak diangkut dalam bentuk digliserida. |
PCX | PCX | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE). |
triple time | rentak tigaan | Kesenian | Tiada | Tanda masa dalam muzik yang mempunyai tiga not krotcet atau enam not kuaver dalam satu bar, contoh 3/4, 6/8. |
cord | kord | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Unit isipadu kayu yang digunakan untuk susunan kayu bulat atau kayu belahan dan berdasarkan kepada dimensi luar (4 x 4 x 8) kaki atau 128 kaki padu. Unit ini biasanya digunakan dengan meluas di Amerika Syarikat dan Kanada. |
even number | nombor genap | Matematik | Tiada | Integer yang boleh dibahagi dengan 2, iaitu ..., -6, -4, -2, 0, 2, 4, 6, .... Dalam konteks tertentu, hanya nombor asli yang dipertimbangkan, iaitu 2, 4, 6, 8, .... |
BMP mapping | pemetaan BMP | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah pemetaan untuk mencipta atau menyunting imej menggunakan format imej BMP. Format imej BMP berasaskan peta bit (Bit MaP) untuk persekitaran Windows. Format ini menyediakan 2, 16, 256 atau 16 juta warna (warna 1-bit, 4-bit, 8-bit dan 24-bit). |
gypsum board | bod gipsum | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bod yang mengandungi teras gipsum di tengahnya, manakala pada kedua permukaan bod tersebut dialaskan dengan kertas. Bod gipsum digunakan sebagai bahan penutup untuk siling, dan dinding. Biasanya bod gipsum mempunyai ukuran 4� x 8� dan 4� x 12� dengan ukuran tebal 1/2" � 5/8�. |
bit depth | kedalaman bit | Teknologi Maklumat | Tiada | Bilangan bit yang digunakan untuk mewakili paras kelabu warna setiap piksel dalam fail grafik atau mewakili kekuatan suara dalam fail audio. Semakin tinggi nilai ini, semakin berkualiti grafik atau audio tersebut. Kebiasaannya kedalaman bit grafik ialah 4-bit, 8-bit, 16-bit, 24-bit dan 32-bit. Sementara ke dalam bit audio biasanya 8-bit dan 16-bit. Contohnya, kedalaman 16-bit memberikan 65,536 pilihan warna. |
plywood | kayu lapis | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kayu berbentuk panel yang dihasilkan daripada beberapa lapisan kayu menerusi tekanan. Setiap lapisan direkatkan dengan arah iranya bersudut tepat dengan arah ira bagi lapisan kayu di bawahnya. Ini bertujuan untuk menghasilkan kekuatan yang lebih tinggi di dalam kedua-dua arah. Kayu lapis lazimnya mempunyai ukuran 4� x 8� dan tebal di antara 1/4" hingga 3/4". |
septachord | septakord | Muzik | Tiada | Serangkaian not yang mempunyai tujuh klasifikasi pic dalam teori set. Allen Forte merupakan ahli teori set terkemuka yang menyenaraikan 38 jenis septakord dalam bukunya The Structure of Atonal Music. Antara septakord tersebut ialah (0, 1, 2, 4, 5, 7, 8), (0, 1, 3, 4, 6, 8, 10), (0, 1, 2, 4, 5, 7, 9) dan (0, 1, 2, 3, 4, 7, 9). Contoh (0, 1, 2, 4, 5, 7, 9) ialah (C, C#, D, E, F, G, A), (C#, D, Eb, F, F#, G#, A#) dan (D, D#, E, F#, G, A, B). |