Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back-to-back salamsalam sandar-menyandarEkonomiEkonomi IslamAkad salam yang disalamkan semula kepada pihak lain. Akad ini diterima dalam perbankan Islam dengan syarat kedua-dua akad salam tersebut tidak saling berkait. Akad ini biasanya digunakan untuk tempahan barangan pertanian. Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk mendapat keuntungan di samping memadankan struktur tempoh pembiayaan. Contohnya, perbankan Islam menyediakan pembiayaan kepada syarikat A untuk membeli barangan pertanian seperti jagung, minyak sawit dan kacang soya melalui akad salam. Kemudian, perbankan Islam melantik syarikat B untuk membeli barang pertanian tersebut dengan menggunakan akad salam juga. Perbezaan harga yang dibayar oleh perbankan Islam kepada syarikat B dan harga yang akan diterima daripada syarikat A merupakan keuntungan kepada perbankan Islam. Sinonim salam dua tahap.
two-tier salamsalam dua tahapEkonomiEkonomi IslamLihat salam sandar-menyandar.
sukuk salamsukuk salamEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip salam. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan barang makanan seperti minyak, gandum dan pelbagai makanan lain. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara berikut: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. Pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii. Setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk dan sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sukuk salam berbeza dengan sukuk istisna’ dalam aspek kaedah bayaran dan kaedah penyerahan aset. Sinonim bon salam.
bai‘ salamjual beli salamPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang dilakukan dengan bayaran tunai semasa akad, manakala penyerahan produk ditangguhkan. Jual beli salam hanya bagi produk yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada produk jenis ribawi. Jual beli tempahan juga termasuk dalam jual beli salam sekiranya bayaran diserahkan terlebih dahulu dan produk yang ditempah diterima kemudian. Sekiranya produk belum ada dan tidak yakin boleh disediakan, jual beli ini ditegah dan dikenali sebagai bai‘ ma‘dum. Jual beli salam merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli kerana produk yang hendak dijual belum ada dalam pemilikan penjual, tetapi penjual berkeupayaan untuk menyediakannya. Sinonim bai‘ salaf.
salam bondbon salamEkonomiEkonomi IslamLihat sukuk salam.
salam certificatessijil salamEkonomiEkonomi IslamSijil yang mencatatkan tawaran pengeluar untuk menjual kuantiti barangan dan perkhidmatan yang telah dikenal pasti pada harga yang ditetapkan berdasarkan prinsip bai‘al-salam. Pengeluar boleh menggunakan dana tunai yang diperoleh secara terus dan menawarkan komoditi tersebut pada masa hadapan. Pemegang sijil boleh menjual sijilnya mengikut harga di pasaran apabila barangan dan perkhidmatan tersebut telah wujud. Lihat juga bon salam.
bay oilminyak salamPentadbiran PerniagaanTiadaMinyak daripada daun salam yang diproses.
deferred salejual beli salamEkonomiEkonomi IslamLihat bai‘ salam.
السلمjual salamAgama IslamFiqhTempahan barangan yang ditentukan masa penyerahan kepada penempah dengan kontrak salam.
deferred salebai‘ salamEkonomiEkonomi IslamAkad jual beli yang menghendaki pembeli mendahulukan harga dan penjual menangguhkan penyerahan barangan bagi suatu tempoh tertentu. Harga, jenis, sifat, kuantiti dan tempat serta tarikh penyerahan ditentukan semasa menandatangani akad. Akad ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pembeli dan penjual, iaitu pembeli tidak menanggung beban kenaikan harga dan penjual pula memperoleh tunai lebih awal. Contohnya, akad ke hadapan Islam. Sinonim jual beli salam.
123

Kembali ke atas