Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mem­punyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ di­nasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletak­kan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebas­an ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tapak rumah (bangunan dsb); dasar: ~ rumahnya sedang dibina. 2 apa-apa yg menjadi dasar sesuatu pendapat (perkumpulan, politik dsb): ~ utama persatuan ini adalah meninggikan taraf hidup orang-orang kampung. berasas ada asasnya: Tuduhannya tidak ~ sama sekali. berasaskan berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. mengasaskan 1 menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2 mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. pengasas orang yg mula-mula meletakkan dasar (mendirikan sesuatu pertubuhan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ASAS


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ars poetica/art of poetryseni puisiKesusasteraanTiadaPuisi yang menggambarkan asas-asas seni yang mengandungi pengetahuan, ketertiban dan keikhlasan penyair.
tax baseasas cukaiEkonomiTiadaAsas untuk mengira cukai. Misalnya, jumlah pendapatan dijadikan asas cukai pendapatan, nilai harta yang dimiliki dijadikan asas cukai harta, dan nilai barangan yang dijual dijadikan asas cukai jualan.
economic base multiplierpengganda asas ekonomiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengiraan ekonomi dalam bentuk guna tenaga yang dinyatakan sebagai jumlah guna tenaga dalam aktiviti asas dan bukan asas dibahagikan dengan jumlah guna tenaga aktiviti asas.
base linegarisan asasKesenianHiasan DalamanGarisan melintang yang paling bawah dalam lukisan seni bina. Garisan ini menandakan asas lukisan atau reka bentuk yang terbawah. Contohnya, dalam lukisan perspektif, garisan ini menandakan atau membayangkan satah gambar di atas aras tanah. Dalam bidang kejuruteraan dan ukur tanah pula, garisan asas merupakan garisan pertama yang menandakan lokasi dan ukuran sebagai asas atau dasar. Garisan asas ini akan menentukan garisan-garisan, sudut dan jarak lain yang tercatat atau telah diprogramkan dalam bidang ukur tanah, atau sebidang tanah pada peta atau pelan.
emulsion ointmentsalap emulsiHerbaTiadaSalap yang mempunyai bahan asas emulsi separa pepejal. Bahan asas emulsi terbahagi kepada dua jenis iaitu emulsi air dalam minyak (w/o) seperti alkohol bulu biri-biri, ester sorbitan, monogliserida dan alkohol lemak. Bahan asas bagi emulsi minyak dalam air (o/w) adalah seperti alkohol lemak tersulfat, polisorbat dan eter sitosteril makrogol. Salap emulsi w/o merupakan emolien dan pelindung yang lebih baik daripada salap emulsi o/w. Hanya salap emulsi o/w dapat dibersihkan daripada kulit atau pakaian dengan menggunakan air. Salap emulsi w/o biasanya dilarutkan dalam minyak.
negatively accelerated learning curvelengkok pembelajaran cekungSains SukanBiomekanikLengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang perlahan semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang mendadak setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas berenang seperti teknik penafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Namun, selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain.
written paid basisasas bayaran bertulisinsuransTiadaAsas mengira nisbah kerugian insurer yang tidak begitu tepat dengan membandingkan premium insurans yang ditulis dengan tuntutan yang dibayar dalam sesuatu tempoh tersebut.
base populationpopulasi asasPenternakanGenetik dan PembiakbakaanJumlah organisma dalam satu-satu kawasan. Populasi asas ditentukan melalui bancian berdasarkan kadar kelahiran atau kadar kematian kasar.
positively accelerated learning curvelengkok pembelajaran cembungSains SukanBiomekanikLengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang mendadak semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang perlahan setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas memukul dalam badminton sangat mudah dipelajari. Namun, kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal sukar dipelajari.
base mappeta asas/peta dasarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPelan atau peta yang disahkan mengandungi maklumat asas seperti skala, sempadan, lokasi, dan sebagainya yang digunakan untuk tujuan perancangan.
12345678910...

Kembali ke atas