ars poetica/art of poetry | seni puisi | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang menggambarkan asas-asas seni yang mengandungi pengetahuan, ketertiban dan keikhlasan penyair. |
tax base | asas cukai | Ekonomi | Tiada | Asas untuk mengira cukai. Misalnya, jumlah pendapatan dijadikan asas cukai pendapatan, nilai harta yang dimiliki dijadikan asas cukai harta, dan nilai barangan yang dijual dijadikan asas cukai jualan. |
economic base multiplier | pengganda asas ekonomi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengiraan ekonomi dalam bentuk guna tenaga yang dinyatakan sebagai jumlah guna tenaga dalam aktiviti asas dan bukan asas dibahagikan dengan jumlah guna tenaga aktiviti asas. |
base line | garisan asas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Garisan melintang yang paling bawah dalam lukisan seni bina. Garisan ini menandakan asas lukisan atau reka bentuk yang terbawah. Contohnya, dalam lukisan perspektif, garisan ini menandakan atau membayangkan satah gambar di atas aras tanah. Dalam bidang kejuruteraan dan ukur tanah pula, garisan asas merupakan garisan pertama yang menandakan lokasi dan ukuran sebagai asas atau dasar. Garisan asas ini akan menentukan garisan-garisan, sudut dan jarak lain yang tercatat atau telah diprogramkan dalam bidang ukur tanah, atau sebidang tanah pada peta atau pelan. |
emulsion ointment | salap emulsi | Herba | Tiada | Salap yang mempunyai bahan asas emulsi separa pepejal. Bahan asas emulsi terbahagi kepada dua jenis iaitu emulsi air dalam minyak (w/o) seperti alkohol bulu biri-biri, ester sorbitan, monogliserida dan alkohol lemak. Bahan asas bagi emulsi minyak dalam air (o/w) adalah seperti alkohol lemak tersulfat, polisorbat dan eter sitosteril makrogol. Salap emulsi w/o merupakan emolien dan pelindung yang lebih baik daripada salap emulsi o/w. Hanya salap emulsi o/w dapat dibersihkan daripada kulit atau pakaian dengan menggunakan air. Salap emulsi w/o biasanya dilarutkan dalam minyak. |
negatively accelerated learning curve | lengkok pembelajaran cekung | Sains Sukan | Biomekanik | Lengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang perlahan semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang mendadak setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas berenang seperti teknik penafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Namun, selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain. |
written paid basis | asas bayaran bertulis | insurans | Tiada | Asas mengira nisbah kerugian insurer yang tidak begitu tepat dengan membandingkan premium insurans yang ditulis dengan tuntutan yang dibayar dalam sesuatu tempoh tersebut. |
base population | populasi asas | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Jumlah organisma dalam satu-satu kawasan. Populasi asas ditentukan melalui bancian berdasarkan kadar kelahiran atau kadar kematian kasar. |
positively accelerated learning curve | lengkok pembelajaran cembung | Sains Sukan | Biomekanik | Lengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang mendadak semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang perlahan setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas memukul dalam badminton sangat mudah dipelajari. Namun, kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal sukar dipelajari. |
base map | peta asas/peta dasar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pelan atau peta yang disahkan mengandungi maklumat asas seperti skala, sempadan, lokasi, dan sebagainya yang digunakan untuk tujuan perancangan. |