account | akaun | Ekonomi | Tiada | 1.�Rekod yang mencatatkan kegiatan dan urus niaga ekonomi untuk suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun pendapatan negara dan akaun imbangan pembayaran. 2. Rekod yang mencatatkan kedudukan kewangan individu, firma, dan kerajaan pada suatu masa atau dalam suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun simpanan individu dan akaun untung rugi firma. |
Commercial Bank | Bank Perdagangan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi kewangan yang diberi kebenaran khusus untuk menerima deposit melalui akaun semasa di samping akaun tabungan dan akaun pelaburan. Institusi kewangan lain tidak dibenarkan menawarkan akaun semasa. Terdapat sebahagian bank perdagangan yang menawarkan produk kewangan berasaskan syariah seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. |
regional account | akaun wilayah | Ekonomi | Tiada | Akaun pendapatan dan keluaran bagi suatu wilayah dalam sesebuah negara untuk satu jangka masa tertentu. Akaun ini memberi maklumat terperinci tentang kegiatan ekonomi wilayah tersebut. Maklumat ini tidak terdapat dalam akaun pendapatan negara. Akaun wilayah menyediakan rangka kerja yang lebih fleksibel kepada penggubal dasar untuk membuat analisis ekonomi wilayah. |
appropriation account | akaun pengasingan; akaun peruntukan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
house account | akaun dalaman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Akaun yang termasuk akaun perbelanjaan eksekutif dan tetamu. |
account transfer | pindahan akaun | Pentadbiran Perniagaan | Pos | Pemindahan keseluruhan atau sebahagian daripada akaun simpanan kepada akaun simpanan yang lain. |
account transfer telegram | telegram pindah akaun | Pentadbiran Perniagaan | Pos | Pemindahan keseluruhan atau sebahagian daripada akaun simpanan kepada akaun simpanan melalui telegram. |
account payee cheque | cek akaun terima | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cek yang dibayar atas nama pemegang akaun dan hanya pemegang akaun boleh menunaikan cek berkenaan. |
EFT (electronic funds transfer) | EFT (pemindahan dana elektronik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses pemindahan dana dari satu akaun ke akaun yang lain secara elektronik. |
debit | debit | Ekonomi | Tiada | 1. Catatan di sebelah kiri akaun T. 2. Debit menunjukkan pengeluaran wang simpanan pemilik akaun dalam bank. Dalam akaun imbangan pembayaran, debit menunjukkan pembayaran dibuat kepada negara asing. Lihat juga kredit. |