aquaculture | akuakultur | Pertanian | Agroteknologi | Amalan penternakan dan pemeliharaan hidupan laut dan rumpai laut secara terkawal. Akuakultur dijalankan di dalam takungan yang dibina di darat atau di kawasan air semula jadi. Tujuan penting amalan akuakultur adalah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan serta menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. Antara kawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur ialah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, muara sungai, laut serta akuarium. Akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air. |
good aquaculture practices | amalan akuakultur baik | Pertanian | Agroteknologi | Garis panduan, kaedah dan peraturan untuk menghasilkan produk akuakultur yang selamat dimakan dan berkualiti, dikeluarkan tanpa memudaratkan persekitaran dan kebajikan haiwan, serta mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerja. Di Malaysia, amalan ini digalakkan melalui Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) yang diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Skim ini meliputi sistem ternakan akuakultur, kolam, sangkar, tangki, panti benih, dan sistem pengeluaran rumpai laut. |
aquaculture | akuakultur | Geografi | Tiada | Tiada |
aquaculture | akuakultur | Perikanan | Tiada | Tiada |
aquaculture | akuakultur | Undang-undang | Tiada | Tiada |
aquaculture | akuakultur | Biologi | Umum | Tiada |
aquaculture | akuakultur | Biologi | Ekologi | Penternakan organisama laut, seperti ikan, alga dan makanan laut lain yang membesar dalam keadaan yang terkawal. Sehingg akini, teknik ini hanya dilakukan di kawasan-kawasan tepi pantai sahaja. |
aquaponic | akuaponik | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pertanian yang menggabungkan kaedah akuakultur dan hidroponik. Ia merupakan satu sistem kesepaduan kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantung antara satu sama lain bagi menghasilkan produk pertanian yang segar dan berkualiti tinggi. Melalui kaedah ini, hidupan akuatik seperti ikan dan udang diternak di dalam tangki atau akuarium, yang airnya akan digunakan untuk keperluan tanaman seperti sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik. Air sisa perkumuhan daripada ikan atau udang tersebut dapat menjadi sumber nutrien yang tinggi khasiatnya bagi tanaman berkenaan. Selepas itu, air yang telah bersih hasil daripada penyerapan sisa perkumuhan oleh tanaman tersebut, dikitar semula masuk ke dalam tangki bagi keperluan hidupan akuatik berkenaan. Sinonim agropisikultur, pisiponik. |
agricultural diversification | pempelbagaian pertanian | Pertanian | Agroteknologi | Dasar pertanian yang tidak tertumpu kepada hanya satu produk utama sebagai hasil usaha pertanian sebaliknya mempunyai pelbagai produk termasuk hasil tanaman, ternakan dan akuakultur. Di Malaysia, pempelbagaian pertanian telah menjadi dasar kerajaan sejak didapati pergantungan kepada satu produk pertanian, iaitu getah dalam tahun 60-an memberi risiko tinggi terhadap ekonomi negara apabila harga getah sedunia turun mendadak. Dasar mempelbagaikan pertanian menyebabkan tanaman lain seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, padi, sayur-sayuran, buah-buahan menjadi industri penting selain ternakan dan akuakultur. |
peri-urban argriculture | pertanian persisian bandar | Pertanian | Agroteknologi | Amalan pertanian termasuk pemprosesan dan pengedaran makanan yang dilakukan di kawasan di pinggir bandar. Amalan ini termasuk ternakan, akuakultur, agroperhutanan, pemeliharaan lebah dan hortikultur. Pembangunan pertanian persisian bandar merupakan satu usaha untuk menjadikan masyarakat di pinggir bandar mencapai tahap sara diri dari segi bekalan makanan. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan keselamatan makanan di kawasan tersebut. |